♥ CARI HADIAH UNTUK BIRTHDAY ? ANNIVERSARY ? KLIK SINI !




KELEBIHAN MEMBACA SURAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang
bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.


4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".


12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

♥ ROMANTISNYA RASULULLAH ♥


1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6. Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa kesombongan.

8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai maupun dalam kesendiriannya.
9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA


10. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, apakah aku tak boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’
(subhanallah)…

sumber :http://situslakalaka.blogspot.com/2011/02/beginilah-cara-rosulullah-melayani.html
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

♥ ♥ ♥AINUL MARDIAH (BIDADARI SYURGA) ♥ ♥ ♥


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74
GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,
tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.
GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..


Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

KECINTAAN SITI AISYAH TERHADAP RASULULLAH

Siti Aisyah tidak hanya mencintai Rasulullah, ia juga sangat kagum dan takjub dengan kepribadian beliau. Ia mencintai beliau seperti cinta seorang muslimah kepada Rasulnya, dan cinta seorang istri kepada suaminya. Ia juga kagum akan ketampanan Rasulullah, di samping juga menyukai akhlak dan kemuliaan beliau. Di antara bukti cinta Aisyah terhadap suaminya adalah jika bangun tidur dan tidak menemukan Rasulullah di sampingnya, ia merasa khawatir dan gelisah.
GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA

Siti Aisyah adalah istri yang paling dicintai Rasulullah dibanding dengan istri-istri yang lain. Dari Anas berkata, Rasulullah bersabda, “Perempuan yang paling aku cintai adalah Aisyah dan (yang paling aku cintai) dari laki-laki ialah bapaknya (HR. Bukhari Muslim).

Jika ada orang yang mengaku mencintai Rasulullah seperti ia mencinta beliau, Aisyah merasa sangat sedih dan cemburu, bahkan kendati pun wanita itu sudah wafat. Misalnya, meski Khadijah telah tiada, Rasulullah selalu saja mengenang dan menyebut-nyebut namanya, karena beliau dulu banyak bergantung kepadanya, dan hal ini sampai membuat Aisyah cemburu. Kecemburuan Aisyah ini tidak bisa diredam dan dibendung lagi. Namun, itu juga sebagai bukti rasa cinta Aisyah kepada Rasulullah.

Bukti lain dari kecintaan dan kasih sayang Siti Aisyah terhadap Rasulullah terlihat ketika beliau menjelang akhir hayatnya. Rasulullah sering mengalami sakit. Maka, beliau meminta kerelaan kepada istri-istri beliau yang lain untuk tinggal di kamar Aisyah selama beliau sakit. Bagi Aisyah, menetapnya Rasulullah selama sakit di kamarnya merupakan penghormatan yang sangat besar, karena ia dapat merawat beliau hingga akhir hayatnya.
GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA

Tujuan Rasulullah memilih dirawat dan menetap di rumah Siti Aisyah tersebut adalah agar ia dapat menghafal seluruh perkataan dan perbuatan beliau pada hari-hari terakhirnya, karena memang Allah telah menganugerahi Aisyah dengan berbagai keutamaan dan kelebihan, berupa akal yang cerdas, ingatan yang kuat dan tingkat pemahaman yang cepat.

Maka berpindahlah Rasulullah menuju ke rumah istri tercintanya. Aisyah pun begadang sepanjang malam berbagi hati merasakan kesakitan sang suami, dengan rasa cinta dan kasih sayangnya ia urus suami walaupun harus menebus (nyawa) sang suami dengan dirinya. Aisyah dengan lembut mengatakan, ‘Diriku, ayahku, dan ibuku, semuanya akan berkorban untuk menebus dirimu, wahai Rasulullah.

Hari demi hari penyakit Rasulullah semakin parah sampai-sampai beliau tidak mampu lagi melaksanakan shalat berjamaah bersama kaum muslimin di masjid. Detik-detik terakhir kehidupan Rasulullah semakin dekat. Aisyah ketika itu menjadi tempat bersandar bagi tubuh beliau, Rasulullah selalu dalam dekapan dan pelukannya, ia juga selalu menyediakan siwak untuk beliau.

Rasulullah wafat pada tanggal 12 Rabiul Awwal, tahun ke-11 Hijriyah, dalam usia 63 tahun. 40 tahun sebelum kenabian dan 23 tahun sesudahnya. 13 tahun di Mekkah dan 10 tahun di Madinah. Beliau dimakamkan di dalam rumah Siti Aisyah.

Sumber:

Arief, Nurhaeni. Engkau Bidadari Para Penghuni Surga, Kisah Teladan Wanita Saleha. Kafila: Yogyakarta: 2008

al-Istambuli, Mahmud Mahdi dan Asy-Syalbi. Wanita-wanita Sholihah dalam Cahaya Kenabian. Muh. Azhar (terj.). Mitra Pustaka: Yogyakarta. 2002

an-Nadawi, Sulaiman. ‘Aisyah, The Greatest Woman in Islam. Firdaus (terj.). Qisthi: Jakarta. 2007

Shabban, Muhammad Ali. Teladan Suci Keluarga Nabi, Akhlak dan Keajaiban-keajaibannya. Mizan Pustaka: Bandung. 2005

Taman, Muslich. Pesona Dua Ummul Mukminin, Teladan Terbaik Menjadi Wanita Sukses dan Mulia. Pustaka Al-Kautsar: Jakarta. 2008
Advertisement
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

CARA AKU MENCINTAIMU


Jika aku mencintaimu kerana sifatmu yang ceria,
Menjadi semangat yang menyala dalam hatiku,
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri,
Bila keceriaan itu kelam dirundum duka,
Seberapa muram cintaku padamu akan ada?


Jika aku mencintaimu kerana kecantikanmu,
Meredupkan pandangan di mataku,
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri,
Saat kecantikan itu memudar ditempuh usia,
Seberapa pudarkah kelak cintaku padamu?

Jika aku mencintaimu kerana keramahanmu,
Memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu,
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri,
Kiranya keramahan itu tertutup kabut prasangka,
Seberapa mampu cintaku memendam praduga?

Jika aku mencintaimu kerana cerdasnya dirimu,
Membuatku yakin pada setiap pekerjaanmu,
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri,
Tika kecerdasan itu hilang meniti usia,
Seberapa bijak cintaku untuk tetap bersamamu?

Jika aku mencintaimu kerana sifat berdikari yang kau miliki,
Menyematkan rasa banggaku padamu,
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri,
Di saat sifatmu yang manja menjengah,
Seberapa besar cintaku padamu untuk dibanggakan?

Jika aku mencintaimu kerana sifat egomu,
Menambatkan rasa kagumku pada utuhnya pertahananmu,
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri,
Andai tembok keegoaan itu berjaya kuruntuhkan,
Seberapa kuat cintaku yang tinggal?

Jika aku mencintaimu kerana pengertian yang kau berikan,
Menumbuhkan ketenangan dengan kepercayaan yang kau tanam,
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri,
Kelak pengertian itu ditelan ego sesaat,
Seberapa banyak mampu ku mengerti cinta ini?

Jika aku mencintaimu kerana luasnya kesabaranmu,
Menambah dalamnya rasa cinta semakin ku mengenalmu,
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri,
Mungkin kesabaran itu mencapai batasnya suatu hari nanti,
Seberapa besarkah cintaku mampu memaafkan?

Jika aku mencintaimu kerana keteguhan imanmu,
Bagai siraj yang benderang mengantarkan cahaya,
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri,
Kala iman itu jatuh merundum,
Seberapa berkurang akhirnya cintaku padamu?

Jika aku mencintaimu kerana engkau yang telah kupilih sebagai cintaku,
Yang kan kupegang sepanjang hayat,
Kemudian aku bertanyakan diri sendiri,
Saat hati ini tergoncang,
Seberapa mantapkah cinta ini untuk tetap setia?

Biarpun sejuta alasan,
Tetap tidak mungkin cukup,
Membuat cintaku tetap bersamamu,
Melainkan jika aku mencintaimu kerana Ilahi,
Kerana Dia kan selalu ada,
Untuk menjaga keutuhan cinta ini,
Hingga kelak ku tak mampu lagi mencintaimu,
Kerana cintaku… berpulang padaNya.


KARYA ASAL
Aku Ingin Dicintai Kerana Allah
Hamba Allah
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

ISTIMEWANYA WANITA


Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita sebenarnya banyak keiatimewaannya....janganlah rendah diri dek kerana anda wanita,kerana Allah jadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan:

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

RAHSIA WUDUK KEPADA KESIHATAN

Wuduk itu adalah mukadimah kepada solat. Sebelum menunaikan solat, kita harus mengambil wuduk terlebih dahulu. Wuduk adalah satu cara pengabdian kepada Allah dengan membasuh anggota tertentu menurut cara ditetapkan syarak. Menurut ijtimak ulama, solat tanpa wuduk tidak akan diterima manakala penilaian daripada kelebihan berwuduk, ia menghapuskan dosa kecil.

Sewajarnya umat Islam hendaklah berwuduk seperti sifat wuduk yang ditetapkan syarak di samping menyempurnakan anggota wuduk yang wajib dan menjaga perbuatan sunat serta perkara dituntut ketika berwuduk.

Sayidina Abu Bakar atau Sayidina Umar kelihatan pucat mukanya atau menggigil ketika mengambil wuduk lagi, kerana mereka sedar sebentar lagi mereka akan menghadap Allah, Tuhan sekalian alam.

Wuduk mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri. Ia bukan hanya sekadar membersihkan dan menyucikan diri, nilai yang terkandung di dalamnya juga boleh dirasai hingga ke dalam hati. Namun, ramai antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernahkah terfikir, mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Allah berfirman dalam al-Quran yang maksudnya:

"Hai orang-orang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki... ( surah al-Maa'idah : 6)

Sebagai orang yang beragama Islam, bersikap bersih amat perlu dalam kehidupan. Kebersihan daripada kekotoran yang dilakukan oleh seseorang pada diri, pakaian dan tempat tinggal mempunyai nilai yang tinggi sehingga disebut Rasulullah separuh daripada iman. Kebersihan yang dimaksudkan juga termasuk kebersihan hati daripada sifat-sifat seperti takabur, riyak dan hasad yang memerlukan kita bertaubat. Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Apabila seseorang hamba Muslim atau Mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar daripada wajahnya setiap dosa yang ia lihat (yang haram) bersamaan dengan air atau bersamaan titisan air terakhir bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa-dosa yang dilakukan kedua kakinya bersamaan denagn air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dalam keadaan bersih daripada dosa." (Hadis riwayat Muslim)

Hikmah untuk kesihatan

Wuduk sebenarnya mempunyai rahsianya yang tersendiri terutamanya dari sudut kesihatan. Ada beberapa kajian yang mengukuhkan kenyataan ini. Terdapat satu artikel yang bertajuk Muslims Rituals And Their Effect On The Person's Health yang dikarang oleh Dr. Magomed Magomedov seorang pengamal perubatan.

Beliau mengatakan bahawa berwuduk merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan-kawasan yang tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji ilmu refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi ini dirangsang ia akan merangsang sistem saraf dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.

Berdasarkan ilmu perubatan china, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 "Kawasan Aktif Biologi" dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Dan daripada 66 kawasan ini, 61 daripadanya berada di kawasan wuduk utama orang Islam.

Manakala lima lagi kawasan terletak antara buku lali dan lutut di mana ia kawasan yang disunatkan berwuduk. Di samping kita berwuduk dalam menunaikan ibadah ia juga mengandungi penawar yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit.

Beliau juga menyatakan apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing, sistem peranakan dan sistem saraf.

Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok ia merangsang sistem saraf bagi memulihkan sistem tulang, usus pankreas, hempedu, tiroid dan kawasan pinggang. Manakala apabila kaki kiri dibasuh dan digosok, merangsang sistem saraf yang berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitury dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.

Dalam satu buku yang bertajuk Prayers: A Sport For The Soul and Body tulisan Mukhtar Salem melaporkan bahawa berwuduk mampu mencegah seseorang daripada kanser. Hal ini disebabkan kanser adalah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Pembasuhan anggota badan melalui wuduk ini secara tidak langsung membersihkan badan daripada kesan pencemaran ini.

Berhubung dengan perbuatan berkumur semasa berwuduk dengan tujuan membersihkan mulut daripada sisa-sisa makanan yang melekat dicelah-celah gigi ditambah pula dengan galakan nabi supaya bersiwak (menggosok gigi) semasa berwuduk.

Sabda Nabi, "Jika tidak menyusahkan umatku, akan aku suruh mereka bersiwak setiap kali mereka hendak bersolat dan akan aku suruh mereka ketika berwuduk." (Hadis riwayat Ahmad)

Mengikut Malaysia Healthcare Guide (1997) antara cara yang terbaik untuk mencegah kerosakan gigi ialah dengan menggosok gigi setiap kali selepas makan atau pun paling kurang berkumur mulut.

Justeru melaksanakan wuduk adalah relevan dan banyak kelebihan dengan kehidupan manusia pada hari ini. Benarlah Ibnu Qaiyim Al-Jauziyah dalam At-Tib An-Nabawi, "Mandi wajib dan wuduk mendatangkan kesegaran badan dan kesedapan jiwa serta menghilangkan sebarang kekotoran yang diperoleh antaranya disebabkan jimak."

Kelebihan wuduk mengikut Sunnah

Daripada Abu Malik al-Haris ibn Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata : Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Kebersihan itu sebahagian daripada iman."

Jika seseorang Muslim itu menghayati faedah berwuduk nescaya ia akan berwuduk setiap masa. Malah denga wuduk yang baik dapat menghapuskan dosa.

Dari Umar r.a. berkata : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa berwuduk dengan sebaik-baik wuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya." (Hadis Imam Muslim)

Dari Abi Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila seseorang Muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya." (Hadis Imam Ahmad)

Dengan wuduk seseorang dapat memasuki syurga dari pintu-pintu yang disukainya sebagaimana sabda Nabi s.a.w. :

"Tiada seorang pun dari kalian yang berwuduk, lalu ia menyampaikan atau meratakan wuduknya, kemudian dia mengucapkan : Asyhadu alla Ilaha illallah wa anna Muhammadan 'Abduhu wa Rasuluhu, melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu manapun yang dia kehendaki." (Hadis riwayat Muslim)

Menurut Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seorang hamba Muslim atau mukmin berwuduk lalu membasuh mukanya keluarlah semua dosa yang dilihat dengan matanya bersama air atau bersama titisan air. Apabila dia membasuh kedua-dua belah tangannya keluarlah dosa yang dilakukan menggunakan kedua-dua tangannya bersama air atau titisan air. Apabila dia membasuh kedua-dua kakinya, keluarlah dosa berjalan yang digunakan kedua-dua belah kakinya bersama air atau titisan air terakhir sehingga dia benar-benar bersih dari segala dosa." (Hadis riwayat Muslim)

Banyak hadis yang menganjurkan supaya kita berada dalam keadaan berwuduk, walaupun kita bukan dalam keadaan mendirikan solat.

Berdasarkan sunnah ini, generasi sahabat sehingga generasi orang soleh, sentiasa menjaga wuduk mereka dalam segala hal, sama ada semasa mereka dalam perjalanan, membaca al-Quran, menuntut ilmu, bekerja , ketika hendak tidur dan juga termasuk dalam sebelum dan selepas bersetubuh.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Apabila kamu hendak tidur, berwuduklah seperti kamu hendak solat. Sesudah itu berbaringlah ke kanan dan bacalah 'Ya Allah, kuserahkan diriku kepadamu, aku berlindung kepadamu. Tiada ada tempat berlindung dan tempat mencari keselamatan kecuali kepadamu. Ya Alla, aku percaya pada kitab yang Engkau turunkan dan kepada Nabi yang kau utuskan. Sekiranya kamu mati pada malam itu, maka kamu mati dalam Muslim. Jadikanlah doa itu sebagai akhir perbicaraan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)

Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk

1. Apabila air dingin melalui tubuh yang letih, ia mampu melancarkan peredaran darah dan membuatkan tubuh lebih segar.

2. Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

3. Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktiviti hormon estrogen sekali gus meningkatkan tahap kesuburan.

4. Boleh memperbaiki jaringan kulit dan membuatkan kuku lebih sihat dan kuat.

5. Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion-ion negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri.
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

TIP SEBELUM BERTUDUNG LABUH

“…Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu….” [surah 24; an-Nur; ayat 35]
“Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.”[surah 24; an-Nur; ayat 46]

Saya percaya… ramai sahabat-sahabat, adik-adik mahupun kakak-kakak diluar sana yang hatinya telah lunak & lembut disapa bayu Hidayah Allah swt.
Hidayah ini menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk merapatkan diri kepada Ilahi. Hati terasa teruja melakukan kebaikan, langkah laju diatur ke denai-denai majlis Ilmu, bibir pula tak henti melafazkan zikrullah mahupun doa agar Allah menguatkan hati untuk terus ada di jalan yang benar ini.

Apabila meneliti keadaan penampilan diri yang agak tidak sempurna penutupan auratnya, hati tiba-tiba terasa malu kepada Allah. Mengenangkan kejahilan diri melanggar perintah & garis panduan yang telah ditetapkannya. Namun, di saat diri mahu berubah. Di celah-celah semangat itu dilunturkan pula dengan tohmahan orang sekeliling. Lantas lantaran dek mengenangkan kata-kata perlian & kejian yang bakal dilalui. Tambahan pula diri dilahirkan dalam keluarga yang ‘biasa-biasa’ sahaja penerapan & pelaksanaan agamanya, diri terkenang pula apa kata keluarga jika tiba-tiba berubah penampilan kelak.




Situasi ini kerap kali melanda hati, diri yang baru ‘dipanggil’ pulang oleh Allah. Respon bagi panggilan tersebut ada 3:
Ramai di antara hamba-hamba yang diuji Allah ini berjaya melalui liku-liku tersebut dengan sabar & tabah sebelum istiqomah menyarungkan tudung labuh. Alhamdulillah.
Namun, ramai juga yang cuma separuh jalan menyahut panggilan Hidayah Allah lantaran memikirkan kata-kata orang & keluarga. Ramai juga meninggalkan penampilan tudung labuh kerana kembali ‘terpikat’ dengan keduniaan seperti terpengaruh dengan fesyen, takut tidak bertemu jodoh ataupun kerana menggunakan alasan susah mencari pekerjaan dengan pakaian tersebut.
Ramai juga yang langsung tidak mengendahkan ketukan Hidayah Allah yang dibiarkan berlalu sepi. Mereka ini terlepas peluang keemasan apabila menyangka Hidayah itu boleh dibeli dan akan tiba hanya dengan menanti.
Kepada sahabat-sahabat, adik-adik serta kakak-kakak yang dikasihi Allah, pilihlah untuk menjadi hamba-hambaNya seperti respon yang pertama,
Renungilah firman Allah;
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.” [surah 2; al-Baqarah; ayat 45-46]
Kuatkanlah hati. Kuatkan semangat. Berbanyaklah berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati untuk melalui jalanNya ini. Bukan calang-calang orang yang terpilih untuk memiliki HidayahNya. Bersyukurlah jika kita di antara insan-insan yang terpilih untuk kembali kepadaNya.
Sesungguhnya, biar kita hilang ‘seseorang’ atau ‘sesuatu’ demi Allah. Daripada demi ‘seseorang’ & ‘sesuatu’ kita kehilangan Allah. Nauzubillah.
Apabila hati tiba-tiba terasa insaf dan ingin kembali, namun, masih keliru apa yang perlu dilakukan. Mungkin TIPS-TIPS AWAL di bawah ini dapat membantu untuk memulakan langkah:

Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh:

1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah…

3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).

5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

6. Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
Contoh 1: Tudung Akel bidang 50

Contoh 2: Pashmina (selendang menutupi dada & tidak jarang)

8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudungTudung Turki/ Mesir/ Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^
Contoh Tudung Turki jenama Akel bidang 60.

9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.
Contoh tudung labuh berjahit. Kain jenis koshibo.

CUBALAH dahulu. InsyaAllah, sekali cuba… masyaAllah, perasaan kali pertama itu terasa sangat indah sekali. Terasa sangat selamat, terasa Allah berasa sangat dekat. Subhanallah! Jika kita ikhlas berhijrah & memakai tudung labuh dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, insyaAllah Dia akan membantu mempermudahi jalan kita.

Secara tidak langsung, akhlak kita juga seakan terpelihara sebagaimana terpeliharanya maruah kita dilindungi kelabuhan tudung yang dipakai. Kita akan jadi segan untuk berakhlak buruk & melakukan kemungkaran.

Sebenarnya, boleh sahaja kalau hendak terus memakai tudung labuh. Namun, seeloknya, kita mulakan secara perlahan-lahan agar diri lebih yakin & bersedia. Tidaklah nanti perubahan itu terlalu drastik & takut diri tidak dapat mengadaptasi dengan penampilan baru itu. Cepat atau lambat, yang penting, perubahan itu ikhlas & istiqomah. Jadi, banyak-banyakkan berdoa agar Allah mempermudahi jalan kita untuk meraih redhaNya.
Firman Allah swt; “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka….” [surah 24, an-Nur; ayat 31]
Kuatkan semangat, kuatkan semangat, kuatkan semangat serta mohonlah kekuatan daripada Allah. Sesungguhnya tidak salah berubah jika perubahan itu ke arah kebaikan & mendekatkan jarak kita dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah akan menganjarkan kebaikan kepada kita di atas pengorbanan kita.

Firman Allah swt; “Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan),maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.” [surah 29; al-ankabut; ayat 6]

“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan & seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah.” [HR Bukhari & Muslim]

Teruskan mencari, belajar & berusaha untuk memperbaiki diri. Sesungguhnya, anda bukanlah keseorangan kerana Allah sentiasa ada di sisi kita.

Semoga bermanfaat, insyaAllah.

p/s: Melalui pengalaman saya sendiri, saya mencintai penghijrahan saya. Malah, tips-tips di atas ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah kuatkan hat saya untuk tetap di jalan ini. Malah, sejak penghijrahan saya, saya berasa lebih tenang & gembira. Tak dinafikan memang banyak ujian & cabaran. Namun, Alhamdulillah, Allah mempermudahi semua kesukaran yang saya hadapi.

Saya berdoa semoga Allah menggerak & menguatkan hati sahabat2, adik2 serta kakak2 yang saya kasihi kerana Allah semua untuk turut berhijrah kembali kepadaNya & merasai keindahan rasa menutup aurat dengan sempurna. InsyaAllah…

~~~ YANG TERTUTUP ITU INDAH ~~~
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

SAAT PEMERGIAN KEKASIHKU.....

♥ Air Mata Rasulullah SAW ♥

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum --peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ala Muhammad wa baarik alaaa wa salim ..alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.



♥ Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.
.. Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang menyayangimu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah karena tiada lagi yang mengasihmu diakhirat. ♥

~~~ YA RASULULLAH AKU MERINDUIMU!!!!! ~~~MENITISLAH AIR MATA INI TIKA MENGENANGKANMU

SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

cinta??? LEBIH BAIK MENGIKUT ALIRAN ALLAH S.W.T

Ditaip oleh owner blog jam:2:40 pg...

Dah puukul 2:40 mta msih tak boleh nak lena..~ada mood nak menaip dkat blog ni..Teringkat kembali dkat tjuk dakwah yg dberikan oleh Shamshirah..psal cinta..mesti kalian yg tngah mmbca blog ni skrang tersenyum2 malu(kucing)...siapalah pemilik cinta suci kita setlah Allah,rasul & ibubpa?nabi tak ajar umat dy bercinta...kalau nabi bercinta ana pown nak bercinta...hati muda...mesti meronta-ronta diminta agar disayangi...bukan?ehhhhh...kejap...nabi tak ajar bercinta?eh.tak nabi ajar bercinta tapi dengan si dia yg halal buat kita...Nabi pown bercinta selepas kahwin...nabi bercinta dgan Sadatina Aisyah...Khadijah..Best kan Allah bikin suprise untuk kita...ya la..kta tak tau siapa pmilik tulang rusuk kita..dan semuanya telah tertulis di Lauhul Mahfuz...Bestnyanya tgok psangan kkasih bercinta d luar sna...boleh jalan sini..jlan sna...sembang sini...smbang sna...jmpa sna...jmpa sni..tapi...Mana mreka ltak hukum Allah...??Nak bercinta tu boleh...tapi menapa tak dialirkan mengikut aliran Allah...?bukan susah sgat...Rmai rmja d luar sna yg tersalah tafsir...akhirnya...apabila sudah terlanjur menyesal tak sudah...Skrang ni tugas kita adalah belajar....jadi gunakanlah msa yg diberikan dengan sebaiknya...Tak payah la fikir2 psal cinta-cintun ni...buat peninh kpala..jodoh tu kan ada sendiri apabila sampai masanya....kaluw bercinta pnat nak memujuk gf/bf yg mrjuk...pnya la pjuk..kalau mak kita mrjuk pnah kita pjuk bersungguh-sungguh?Bagi ana kalau bercinta waktu belajar ni boleh menjatuhkan ana...Malahan hubungan kita dgan Allah pown entah kmana...24 jam hp kat tagan...lebih baik guna jari2 tu untuk berzikir kpda Allah...Daripada bersembang dgan Bf/Gf lbh baik bca Quran...Daripada mnangis disakiti kkasih lbih baik mnangis ingatkan DOSA yg telah dilakukan...Renung2 kan lah...Jangan teralu berfikir memikirkan nak dia yg soleh/solehah,...tapi fikirkanlah bagaimana nak soleh/solehah diri kita...~perindu jubah putih~

Ada sikit ole -ole buat kalian...~~~~~





~~~perindu jubah putih~~~
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

TAPI KENAPA??

Assalamualaikum...


Kehidupan kita seharian boleh diibaratkan seperti roda,kadangkala kita diatas...kadangkala di bawah.Bayangkan ketika kita berada dibawah....sudah tentu kita selalu mengeluh bukan?contoh yang boleh diambil : Ana sebagai seorang murid pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan..Setelah usaha,ana tetap gagal dan memperoleh keputusan yang kurang memuaskan..Perkataan yang akan keluar dari mulut ana ialah..."Aku dagh berusaha dengan bersungguh-sungguh TAPI KENAPA aku tak boleh nak dapat keputusan yang diinginkan...?"Kta-kata ana bagaikan menolak takdir yang telah Allah tetapkan buat ana.



Maksudnya :Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah Maha Mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."(al-baqarah ayat 216)



Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan kita dalam apa jua yang kita lakukan.Allah memberi kita UJIAN kerana DIA MERINDUI kita....Berprasangka baiklah kepada Allah...Sesungguhnya kasih sayang Allah tidak boleh dibalas dengan harta kita...Allah cuma mahu kita taat padanya..melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang sudah memadai...Sepatutnya kita bersyukur..Mulai sekarang cuba jangan mempersoalkan MENGAPA tak berjaya? MENGAPA tak pandai..dll...Seharusnya kita berfikir cara untuk memperbaiki diri kita bukan mencari cara dan beribu alasan untuk menyalahkan Allah atas kegagalan kita..Ingatlah sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat kita ...Allah Maha Adil..!


SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

NASIHAT IMAM MALIK

1.Ilmu itu adalah agama.Oleh itu hndaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu
pelajari ilmu itu.

2.Ilmu itu cahaya.Ia tidak akan jinak kecuali hanya dgan hati yg takwa dan khusyuk.

3.Apabila seseorang itu zahid(tidak tamak pda dunia)Allah akn mmberi nikmat kpdanya.

4.Sebaik-baik prkra adlah yg jelas dan nyata.Sekiranya kamu syak antra dua prkra,mka
ambillah yg lbih menyakinkan.

5.Siapa mahu mnjawab sesutu mslah dia prlu bntangkan dahulu dirinya ke dlam syurga
dan neraka dan berusaha bagaimana dia akan slmat d akhirat.

6.Perumpamaan org munafik itu ktika brada dlam msjid adlah sprti burung yg brda d
dalam sangkar.Apabila pintu sangkar itu trbuka mrka berebut-rebut keluar.

7.Menurut apa yang diketahui bahwa ulama akn dtnya d akhirat kelak sprti dtnya pra nabi.

8.Apabila seseorang itu mmuji dirinya makahilanglah kebijaksanaannya.

9.Orang yg mnuntut ilmu agama pastilah warak,brsikap tnang dan takwa.

10.Seorang alim tidak patut brcakap berkenaan ilmu kpda mrka yg tidak layak mndengarnya dan mreka yang mmbencinya krna dia hnya akn mnjadikan ilmu itu hina.

11.Apabila kamu ditanya berkenaan sesuatu prkra ,kamu prlu halusi dan teliti pndpat kamu dengan pndpat orng lain krna penelitian itu mnghapuskan fikiran sperti mnghilangkan kotoran emas.

12.Maka sepatutnya dia mmelihara maruahnya dengan pakaian yg baik bagi memuliakan ilmu.

13.Siapa yang tahu percakapannya menunjuk-nunjuk kadar amalannya,maka kuranglah prcakapannya.

14.Zahid kpda dunia adalah mncari keuntungan dgan memendekkan cita-cita.

15.Apabila seseorang manusia itu tidak berbuat baik pada dirinya sendiri dia pun tidak akan baik di sisi manusia.
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

PESAN IMAM SYAFIE

1.Tuntutlah ilmu sbyak mgkin krna ia dpat mnjaga dan mmbuat kamu cemerlang d dunia
dan diakhirat.

2.Perbanyakkanlah mnyebut Allah dripada mnyebut makhluk.Perbayakkan mnybut akhirat
daripda mnyebut dunia.

3.Pilihlah mkanan yg halal krna ia mnjamin kshatan dan mnyebabkan syaitan gerun.

4.Sabar mnghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mna sabar itu sndiri
mmrluka ksbaran pula.Bala dan musibah mnunjukkan adanya perhatian dan kasih
syang Allah .Oleh itu,brsyukurlah.

5.Apabila slah seorang antra kaum kerabat atupun jiran yang sakit,ringankanlah
langkah menziarahinya krna ia disaksikan oleh malaaikat dan dicintai oleh Allah.

6.Marah adalah salah satu antra panah-panah syaita yg mngandungi racun.Oleh itu,
hndarilah ia spya kamu dpat mnewaskan syaitan dan bala tnteranya.

7.Kasihanilah anak yatim krna Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan
baginda akan brsama-sma orang yang menyayangi dan mngasihi ank yatim.

8.Berbuat baik dan tunjukkan bakti kpda ibu bapa tnpa mngenali letih dan lelah
sebagaimna mrka brbuat bgtu spnjang hyat mrka.Ia akn mnmbha keberkatan pda
umur,mnambah rzeki daan keampunan ats dosa-dosamu.

9.Banyakkanlah amal soleh krna ia dpat mnjadi pndinding dan perisai orng mukmin dan
pelindung kpda iblis.

10.Takwa adlah pakain kbsaran dan hiasan akhlak Muaslim sbnar.Ia ibrat pokok zaitun
,minyaknya mmbawa brkat,ia juga mmbri kjaan dan kemenangan.

11.Iman mmpunyai bentengnya bagi mnghlang sgla serangan yg cuba merobohkannya.Oleh
itubagi mngutkan bnteng iman,keimanan prlu dibajai dgan lima prkra,yakni,ikhlas,
mngerjakan amlan sunat,istiqamah,bertatasusila ataupun brdispilin dlam mengrjakan
ibadah.

12.Ingat dan zikir kpda Allah sebanyak-banyaknya krna ia mngubati p[nyakit jasmani
dan hati.Ia mncetuskan ketenangan hidup dan qanaah,

13.Khusyuk secra batin adalah khusuknya orang awm,khusyuk scra batin adlah khusyuk
orang pilihan di sisi Allah.

14.Kubur adlah prhntian smntara bagi mmbolehkan ke satu prhntian bagi mmenuhi soal siasat.Oleh itu,siapkalah jawapan yang adil dan bnar mnerusi amal yg bnar dan taat
kepda al-Haq yg tidak berblah bagi.

15.Sbsar-besar keaiban adalah kmau mngira kburukan orang lain sedangkan kburukan itu terdpat pda dirimu sndiri.

16.Ketahuilah sebesar-besar kesenangan d dunia dan akhirat adlah mmberi maaf kpda
orng laindan melupakan trus kesalahnnya.Allah pasti akn meninggikan darjatmu.

17.Sesiapa yg mhu mninggalkan dunia dgan slmat ,dia prlu mngamlakan perkra berikut iaitu mngurangkan tidur,mngurangkan makan,mngurangkan brckap,dan brpda-pada dgan
rezeki yg ada.

18.Sesiapa yang mnjalinkan ukhwah dan mnghidupkannya,dia mmperoleh bnyak kbaikan.

SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2011 Protected | Infinite