♥ CARI HADIAH UNTUK BIRTHDAY ? ANNIVERSARY ? KLIK SINI !



♥ HOW TO BE THE BEST NAQIB / NAQIBAH ♥

♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 1 – Peliharalah amanah dan kepercayaan organisasi terhadapmu yang bergelar naqib/naqibah. Perbaharui niat dan tekad menggalas tgjwb dan pengabdian kepada Allah SWT. Lontarkan jauh segala kerisauan dan kebimbangan, tingkatkan pasrah untuk meraih bantuan Allah. Selamat datang ke gelanggang dakwah! Moga istiqamah menjadi kekuatanmu.
♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 2 – Pastikan niat yang ikhlas menjadi sandaran bagi setiap sesi usrahmu. Kejernihan niatmu menjadi nur yang menghiasi setiap patah kata yg keluar dari mulutmu. Ketulusan nawaitu setiap ahli usrahmu yang sudi hadir menjadi obor pembakar semangat dan azam.Layarilah bahtera usrahmu bersama2 dengan keindahan tekad yang tidak mudah cemar!
♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 3 – Laksanakan sebaiknya tiga rukun usrah (taaruf, tafahum & takaful) sebagaimana yg dinyatakan oleh AsSyahid Imam AlBanna. Pastikan proses taaruf terus berjalan lancar, agar mudah tafahum dicapai. Bila sudah kenal hati & budi, suka & benci – segeralah pula saling lindung-melindungi. Alangkah bahagianya kelompok manusia yg saling mengasihi kerana Allah SWT!
♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 4 – Pertingkatkan kemahiran memudahcara proses pembelajaran ahli usrah, mengikut kemampuan masing-masing. Ketahuilah keperluan pembelajaran (learning needs), kekuatan, bakat, kelemahan dan kekurangan mereka. Tempoh lama baru menjadi nuqaba’ bukan penanda aras keberkesanan mengendali usrah, sebaliknya penguasaanmu dalam aspek komunikasi belajar berkumpulan.
♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 5 – Mulakan usrahmu dengan meminta setiap ahli menulis di atas sekeping kertas – TIGA Hasil Pembelajaran /HP (learning outcomes – LO) yg ingin dicapainya melalui sesi usrah bersamamu. Tulislah pula TIGA objektif utama mengapa dikau menjadi naqib/naqibah kumpulan usrah tersebut. Bincangkan HP mereka dan objektifmu bersama2. Adakah di sana titik temu antara apa yg diharapkan oleh ahli usrahmu dan apa yg mahu dikau capai?
♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 6 – Selami hati setiap ahli usrahmu, baca bahasa badan mereka – adakah mereka gembira hadir di sesi usrahmu kali ini? Ataupun mereka kelihatan resah, gelisah, tidak ceria, bosan dan tidak sabar mahu pulang? Sebelum menyalahkan mereka, apalah salahnya melihat kepada tahap prestasimu sebagai naqib/naqibah. Moga Allah memberi kita kekuatan utk terus memperbaiki diri!
♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 7 – Wujudkan suasana segar, selamat dan penuh keceriaan dalam sesi usrahmu. Segar – lantaran perkongsian ilmu yang menyuluh & memimpin. Selamat – kerana tiada siapa yg akan menghukum dan mencemuh kekurangan diri yg masih perlu diperbaiki bersama. Ceria – dek kehangatan ukhuwah & tautan hati manusia ikhlas yang mahu Allah melihat kesungguhan mereka.
♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 8 – Permudahkan proses pemahaman ahli2 usrahmu terhadap bahan tarbiyah yg dihadham bersama. Gunakan analogi, perbandingan dan penceritaan. Paling baik sekiranya pengalaman peribadi masing2 menjadi sandaran perbincangan. Tercetuslah usrah interaktif, proaktif dan kreatif! Sesungguhnya engkau memang pemudahcara (fasilitator) yang hebat!
♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 9 – Hidupkan usrahmu dengan kesungguhan mengislahkan diri bersama-sama. Naqib/naqibah bukan mahaguru atau mursyid yang tak boleh disanggah. Kita hanyalah `first among equals’ – menjadi naqib/naqibah hanya kerana kita sudah terlebih dahulu melalui jalan/marhalah dakwah ini. Ayuh, kita bimbing & pimpin ahli2 usrah utk sama2 meniti liku perjuangan yang masih berbaki panjang.
♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 10 – Luaskan pembacaan utk membuka ufuk pemikiranmu. Peruntukkan sedikit ruang sesi usrahmu utk perbincangan isu2 semasa. Ransang minda ahli2 usrahmu dgn soalan2 quiz yg mudah dicari jawapannya. Pastikan mereka pulang dengan informasi segar,bugar yg bakal membentuk fikrah sejahtera malar!
♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 11 – Tanamkan kecintaan terhadap Al Quran ke dalam hati ahli2 usrahmu. Berikan giliran utk setiap ahli usrahmu memilih ayat dan surah mana yg ingin dikongsi dan dibaca.
♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 12 – Pastikan setiap tuturkata dan perbuatanmu melambangkan akhlaq yang sejahtera untuk dicontohi oleh ahli2 usrahmu. Berusahalah untuk dikenali sebagai seorang yang baik, sopan, tertib dan berbudi bahasa kepada semua, bukan hanya untuk sekelompok sahabat sejamaah denganmu sahaja. Akui segera kesilapan dan kekurangan jika ditegur. Mulakan harimu dengan titipan doa : Ya Rabb, perelokkan akhlaqku sebagaimana indahnya akhlak Nabi-Mu! ca. Perhatikan makhraj dan tajwid, tegur kesilapan dgn penuh kasih sayang. Sebatikan jiwa mereka dgn keindahan Al-Quran – di mana jua mereka berada, pasti sentiasa berdamping dengan Al-Quran!
♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 13 – Pastikan ada sesuatu bekalan yg dapat dibuat ibrah dan pengajaran utk diperhalusi ahli2 selesai sesi usrahmu. Peruntukan sedikit masa utk slot `kesimpulan’ dgn bertanya setiap seorg ahli mengenai `lessons learnt’ @ `take home messages’ yg akan dibawanya pulang. Dari jawapan mereka, dapat dibuat penilaian – siapa yg sudah jelas dan siapa yg masih perlu sedikit lagi bantuan. Moga setiap sesi usrah yg mendatang akan bertambah2 lagi keberkesanannya, InsyaAllah.
♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH – Tip no. 14 : Bayangkan wajah semua ahli usrahmu dalam doa rabitah di waktu pagi dan petang. Moga terpaut hati dalam iman, taqwa dan semangat juang. Keraplah bertanya khabar, berikan bantuan dgn penuh keikhlasan. Bukakan hatimu buat mereka – agar usrah mampu menjana sekelompok insan yg saling mencintai demi meraih kasih Allah SWT.
♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH – Tip no. 15 – Pelbagaikan aktiviti dalam sesi usrahmu. Pengisian bahan tarbiah lebih berkesan dgn kreativiti naqib/naqibah & pembabitan aktif setiap ahli. Tajuk diskusi boleh dikupas melalui debat, kuiz, role-play & permainan. Sesekali bila ada yg sudah keletihan, berhenti sejenak, gerakkanlah sendi/tulang & hidangkanlah sedikit juadah. Sesungguhnya kita bukan robot mekatronik yg diprogram utk tidak kenal letih, lesu, penat & jemu!
♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 16 – Ceduklah sebanyak pengalaman dan ibrah dari setiap usrah yg dikau kendalikan. Yakinlah, sebenarnya engkaulah yg lebih memerlukan sesi usrah utk belajar membangun persediaan diri dan kemahiran berdakwah. Kerenah, telatah , gaya interaksi, penerimaan dan pemahaman ahli2 usrah mampu `mendidik’ naqib & naqibah mereka. Bertuahlah ahli2 usrah yg mempunyai naqib/naqibah yg sentiasa bermotivasi mengendalikan usrah masing2!
♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 17 – Sabarlah dalam mengendalikan setiap sesi usrahmu. Tak tergambar besarnya ganjaran yg bakal menanti naqib/naqibah yg mampu membuka mata, telinga, hati dan akal ahli2 usrahnya – utk menghayati sebuah fikrah yg sejahtera & kembali menyusuri fitrah yg mulia. Ikutilah teladan Nabimu – mengharap ganjaran bukan dari manusia. Teruslah gigih beristiqamah tanpa jemu, sesungguhnya Allah SWT sedang melihat & memerhatimu.
♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 18 – Pelajarilah teknik memberi maklumbalas terbaik utk ahli2 dalam sesi usrahmu. Mulakan dengan maklumbalas positif & penghargaan lebih dahulu, barulah nantinya disusuli dengan teguran & nasihat.Seringkali, maklumbalas negatif lebih baik disampaikan secara bersemuka, bukannya secara terbuka. Namun pujian biarlah didengar oleh semua. Hargai seorg dua ahli setiap sesi, mengikut giliran hingga semua sudah merasa dipuji. InsyaAllah, mudahlah nanti mereka menerima teguran sekiranya ada yg tersilap kata dan perbuatan.
♥ TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 19 – Tanamkan kecintaan ahli usrahmu kepada ilmu pengetahuan. Tanyakan mereka apakah buku yang sedang menjadi bacaan. Luangkan sedikit masa utk berbincang mengenai hal ehwal semasa – dalam dan luar negara. Buat rumusan dan kesimpulan, selaras dengan fikrah yg dibawa. Suntiklah semangat ingin tahu yg tinggi – bukankah kita sedang membina takungan pemimpin bertaraf dunia?
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

♥ BIAR TIDAK HOT DI DUNIA, ASALKAN TIDAK HOT DI AKHIRAT ! ♥



”Cuba kamu tengok, kawan-kawan kita ramai pakai tudung. Tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Keluar dating dengan boyfriend, pegang-pegang tangan, terkinja sana sini. Anis ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!”

"Anis rasa tidak ada masalah kalau tidak bertudung asalkan berkelakuan baik. Lagipun, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan Anis tak pernah rasa nak pakai tudung!"

Dialog membentak sebegini semakin hari semakin membahang di corong-corong telinga para pendakwah dengan ledakan fesyen dan dunia populariti tanpa sempadan.
Tapi tahukah kita?

Apabila ditanya kepada seorang aktivis wanita Islam ala Barat : “Kenapakah anda tidak memakai tudung?” Jawapan yang diberikan adalah: “Pakaian yang dituntut dalam Islam adalah taqwa!”

Apabila ditanya kepada wanita di Belanda : "Memilih pakaian muslimah sebagai sumber kebanggaan dan kemuliaan serta faktor untuk memperkuat Islam dalam diri kami".

Ironinya, berjilbabnya kita di Malaysia adalah kerana fesyen, budaya dan warisan semata-mata tanpa pemahaman roh beragama yang sebenar.

Bagaimana mahu membuahkan rasa kehambaan bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias secara berlebih-lebihan (tabarruj)?

Bagaimana mahu menghadirkan rasa bertuhan jika "nikmat" bertudung dijadikan model si pencuci mata yang gilakan kecantikan duniawi?

Bagaimana mahu mendapat keberkatan dalam amalan walhal semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya tidak tentu pasal. Melaram demi raih simpati dan populariti.

"Oh! Pujilah diriku yang paling tercantik! Paling hot!" - status Facebook

Seorang wanita muslimah yang menjaga hijab dan aurat dengan sempurna, secara tidak langsung ia berkata kepada lelaki :

"Tundukkanlah pandanganmu, aku bukan milikmu dan kamu juga bukan milikku. Aku hanya milik orang yang dihalalkan Allah bagiku. Aku orang merdeka yang tidak terikat dengan siapa pun dan aku tidak tertarik dengan siapa pun kerana aku lebih tinggi dan jauh lebih terhormat berbanding mereka.”
Berbeza pula yang suka menampakkan keindahan tubuh di hadapan umum :

“Silalah anda menikmati keindahan tubuhku dan kecantikan wajahku. Siapakah yang mahu mendekatiku? Adakah orang yang tertarik memandangku? Adakah orang yang mahu memberi jelingan mata dan senyuman kepadaku? Ataukah ada orang yang memuja muji, “Cantiknya awak! Sweetnya awak!" tidak pun kononnya secara islamik "Alhamdulillah cantiknya ciptaan Allah. Tidak jemu mata memandang”.

Mereka berebut menikmati keindahan tubuhnya dan kecantikan wajahnya hingga mereka pun terfitnah. Wanita bertudung lain juga terfitnah. Agama islam turut terfitnah.

Salah satu fenomena tsunami dosa ini berlaku adalah di Facebook kita sendiri!

Di manakah kebebasan hakiki di antara dua wanita ini? Ingatlah peringatan Allah SWT "Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka TIDAK DIGANGGU. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih". [Al Ahzab : 59]
Sesungguhnya, wanita yang menampakkan aurat dan keindahan tubuhnya, laksana pengemis yang merengek-rengek untuk dikasihani dan dipuja-puji. Tanpa sadar mereka rela menjadi mangsa si mata rambang mahu pun si penggila seks. Dan dia telah membuka networking yang meluas dengan menjerumuskan dirinya dalam kehancuran dan malapetaka hidup.

Biar tidak hot di dunia, asalkan tidak hot di akhirat!


By:http://muslimdoktor.blogspot.com/2012/03/akulah-paling-hot.html
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

♥ SAHABAT TILL JANNAH ♥



Mesti sahabt-sahabat semua juga ada sahabt yang boleh bawa till jannah kan?
Sahabat...ya sahabat bukanlah hanya pada waktu senang sahaja..tetapai juga diwaktu susah..itulah yang dinamakan teman sejati..

Ana ada sedikit cerita kisah persahabatan ana dengan sahabat yang tercinta..
Tahun baru?mesti la azam baru kan?
dapat kawan baru jugak..
Waktu ni ana baru dalam 2 minggu sekolah di tingkatan 4..Ana dapat sahabat baru.namanya Nur Hidayah Binti Abdul Hameed...Pada mulanya ana tak berapa sangat dengannya..yalah..kan baruw berkenalan ?
Then disebabkan kedua-dua kami ni peramah lebih..jadi kami mula closely lpas 2 , 3 hari mcam tu..hihi..:)Ada banyak cerita diantara kami..Dia ada disaat ana menangis..dan bahunya dipinjamkan..Mungkin juga Allah telah merancang segalanya..Ana dan dia bersahabat...bersahabat? ya..bersahabat sangat akrab..Teringat sewaktu aiskrim ana meleleh(bahasa penang )habis tudung ..penuh dengan tompokan aiskrim coklat...Siapa yang dipaksa menghabiskannya Nur hidayh jugak...Syukran Dear... ♥ ...

--->coklat kegemaran ana..

Sahabat luahan perasaan ana pulak ialah Nik Nurul Hanisah..
Banyak juga dia berkorban untuk ana..tapi belum melebihi pengorbanan kekasih hatiku..(rasulullah) dan ibubapaku..hihi..:)
Segala masalh cinta..ana jadi doktornya..insyaalalh..pakar doktor cinta ♥ ...
Teringat sewaktu di makmal Kimia...
Waktu tu hari Jumaat..lepas rehat waktu kimia..di makmal kimia..ana dan hidayah ke meja group nik..waktu ni cikgu belum masuk..Sebungkus coklat ..Wau..terbeliak mata ana dan hidayah..bagi insyarat ..na jugak coklat tu...tadi waktu rehat tak sempat ank beli dekat ko'op..Dengan senang hati ni hulurkan 2 bungkus coklat tu dekat kami berdua...nak..tapi malu...tapi lepas ni mendesak suruh ambik..akhirnyaambik jugak..tapi mmng mahu pon..hihi:) muka tak tahu malu..:)Kesian..nik korbankan 2 bungkus coklatnya..bagi kami..coklat tu tinggi nilainya..muehehe..:) ye la..nak beli coklat mhal-mhal tak ada duit.. syukran juga sayang..:) ♥

TAPI.....................

Ana juga ridukan sahabat ana...nurin,jihah,moo,ca'a.ct.nash zureen...duluw..kemana sahaja tetap berlapan..Adakah kerengganan persahabatan kita puncanya adalah ana ?
Ana meerinduw saat duluw..kemana bersama..Adakah kita berlainan kelas selepas naik tingkatan 4 adalah puncanya ?
Percayalah sahabat...ana merindui kalian..saat gelak ketawa bersama...Walau apa sahaja yang terjadi kalian tetap sahabat ana..
Ana kadang-kala sering mengecewakan kalian..tapi semunya tidak dirancang..
Ana tidak kisah..apa sahaja pandangan kalian pada ana..ana tahu semua adalah salah ana..Kadang-kala ana cemburu melihat keakraban kalian semua..dulu ana juga bersama kalian..Apapun terjadi kita semua tetap bersahabat..Mesti kalian fikir ana sombong sekarang bukan ? Ana tidak pernah mengajar diri ana agar sombong terhadap kalian..Moga hubungan persahabatan kita kekal.. ♥
---->kenanagan together... ♥

---->kenangan sewaktyu ic moon hilang

--->Makan pisang goreng sehari sebelum result PMR keluar

-----> Snowalk di ICT SHAH ALAM..takkan pernah ana lupa..

--->kenangan di Petrosains,KLCC

Semua kenangan takkan perbah hilang dalam memori hidup ana..

♥ KITA SAHABAT TILL JANNAH ♥
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

♥ WASIAT RASULULLAH KEPADA WANITA ♥


Ada 10 wasiat Rasulullah kepada putrinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap istri solehah.

1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan derajat wanita itu.

2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan kebutuhan tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.
5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keridhoaan suami terhadap istri. Andaikata suamimu tidak ridho kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bagian dari taman sorga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.
7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.
8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki jenggot dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai2 sorga. Allah mempermudah sakaratul-maut baginya, serta kuburnya menjadi bagian dari taman sorga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal-mustaqim dengan selamat.
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

♥ "SAYANG, JANGAN TIDUR LEPAS SUBOH" ♥


Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.

Jika tidak sekarang, bila lagi bukan?

Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.



TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH

Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :
1. Bangun suboh lewat
2. Tidur selepas suboh
3. Melewatkan waktu suboh
4. Ala kadar je bangun suboh
5. Tak bangun pun solat suboh

Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek pendidikan islam selalu bertanya di dalam kelas,

"Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri"

Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun suboh. Kenapa ya sahabat?

Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun suboh dan meraikan ke"suboh"an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.

"Sayang jangan tidur lepas suboh. Rezeki tak masuk nanti"
"Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun"
JIKA MAHU BERMUHASABAH

Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, "Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi." Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.

Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar : "Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi orang yang BERAQAL".

Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?

Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat?
Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?

Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak "kulit bercahaya".
Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah "ubat kuat" yang dipakainya.

Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?
Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.
MASA UNTUK BERUBAH

Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.

Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas suboh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala suboh.

Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.

Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.Cuba lihat surah Al Jumaah ayat 10 : "Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.

"Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut. "
Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini "kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi 'gila'." Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.

Ibnul Qayyim pernah berkata,“Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.

Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintahNya. InsyaAllah...
Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Sumber:http://muslimdoktor.blogspot.com/2011/12/sayang-jangan-tidur-lepas-suboh.html
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

♥ FOBIA --->BELUM CUKUPKAH AMARAN DARI ALLAH ?♥




Ya Allah....
Peristiwa pahit yang pernah ana alami tahun 2004 kembali lagi....
Saat ini ana masih berumur 8 tahun...hari yang ana ingatkan hari paling mengembirakan bertukar menjadi satu tragedi yang tak dapat ana lupakan...
Pada hari itu..seperti hari-hari yang lain..ana mengunjungi rumah bapa saudara ana..(adik kepada ibu ana) di Kota Kuala Muda Kedah..Gegaran mulai terasa sewaktu Zuhur pada hari berkenaan..pada waktu yang sama ana dan ahli keluarga yang lain sedang asyik menjamu selera...lunch time...Akak ana mengadu cakap pening..rasa ada gegaran..kami yang lain ni hanya mengendah ...ingat akak ana bergurau...dalam 10 minit selepas tu..bapa saudara ana mendapat panggilan bahawa tsunami mulai melanda kota kuala muda..Paksu ana terus menyambut kunci motonya dan terus ke tepi laut dimana trletaknya rumah bapa mentuanya menetap...Alhamdulillah...ramai orang telah menghulurkan bantuan kepada keluarga mentua paksu ana...

Ibu mentua bapa saudara ana menceritakan bahawa saat kejadian berlaku dia sedang menunaikan solat DZuhur di tingkat atas rumahnya..
----> Gerai ditepi jambatan kota kuala muda

Alhamdulillah semua ahli keluarga ana selamat...Tapi hari ini 11.04.2012...adakah mereka selamat di sana..ya Allah...lindungilah mereka...

Rasa nak sangat kesana untuk bersama mereka...
Keadaan sewaktu berlakunya tsunami menjadi riuh-rendah..
Semuanya ana lihat didepan mata ana...alhamdulillah...ana terselamat kerana kedudukan rumah bapa saudara ana jauh hanya sedikit sahaja dari laut...semua mangsa berkumpul di hadapan rumah bapa saudara ana...Ibu-ibu ada yang menangis mencari-cari anak mereka... malahan anak-anak kecil yang menangis ketakutan menaikkan lagi rasa takut ana..
-----> Para nelayan di kota kuala muda

Perkara yang tak dapat ana lupakan...
Selepas makan tengah hari ibu dan kakak ana berhajat untuk mewlawat keluarga angkat akak ana di seberang laut sana...jadi kenalah naik sampan..Dengan kuasa Allah mereka berpatah balik kerana tertinggal barang dirumah...
Alhamdulillah sekali lagi ana ucapkan kepadamu Ya Allah...
Jika tidak...sekarang ana sudah tidak punya ibu dan akak yang tercinta...
----->Tugu peringatan TSUNAMI di kota kuala muda

Terima Kasih YA ALLAH....
Sebaik sahaja keadaan mulai stabil...bapa saudara ana sudah mengambil keputusan untuk menghantar kami sekeluarga pulang...
---> persisiran pantai kuala muda

Sehingga kini apabila ana mengunjungi rumah bapa saudara ana...ana terasa fobia...sehinggalah hari ini
11.04.12 terkeluarnya berita tentang kejadian tsunami
Bagiku ahari ini adalah ulangtahun kelahiranku yang paling bermakna...
Amaran dari Allah buat semua hambanya...!
---->Kuburan besar mangsa tsunami di kota kuala muda

Sahabat-sahabat ana sekalian...
Ana berharap agar dari cerita ana ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua..


p/s ----->Ingatlah Allah semasa kita senang dan susah...Allah bukan sewaktu kita susah sahaja...
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2011 Protected | Infinite