♥ CARI HADIAH UNTUK BIRTHDAY ? ANNIVERSARY ? KLIK SINI !



SAMBUTAN HARI KEKASIH BOLEH JEJAS AKIDAH



Akhir-akhir ini budaya dan adab Melayu yang tersemat sejak sekian lama kian pudar dan terhakis. Tambah memilukan ialah adab Melayu yang kian terhakis tersebut adalah nilai murni yang terhasil daripada ajaran Islam yang suci. Apabila orang Melayu sudah melupai nilai dan ajaran Islam, maka sudah tentu segala kemuliaan bangsa akan lenyap dan hancur. Begitulah keadaannya dengan masyarakat Arab sebelum Islam, mereka dikenali sebagai masyarakat Jahiliyyah yang diselubungi dengan kehinaan. Apabila mereka menerima segala ajaran Islam, maka bangsa Arab dimuliakan Allah.

Namun, apabila mereka kembali melupai ajaran Islam untuk dipraktikkan dalam kehidupan, maka mereka kembali ditimpa dengan pelbagai kehinaan. Benarlah sebagaimana ucapan Saidina Umar al-Khattab yang menyatakan: “Kita adalah suatu bangsa dan golongan yang telah dimuliakan Allah apabila kita berpegang dengan ajaran Islam, akan tetapi sekiranya kita mencari kemuliaan dengan selain daripada Islam, sudah tentu Allah akan menimpakan kepada kita kehinaan!”.

Antara pencemaran agama dan budaya pada bulan Februari ini ialah sambutan Hari Kekasih atau dikenali sebagai Valentine’s Day. Sambutan Valentine’s Day ini kononnya adalah untuk menyemarakkan hubungan kasih sayang sesama manusia, lalu masyarakat Melayu tidak terkecuali begitu bersungguh-sungguh membuat persediaan untuk menyambut Hari Kekasih ini yang jatuh pada tanggal 14 Februari pada setiap tahun. Terdapat pasangan yang ingin berkahwin pula sengaja memilih tarikh 14 Februari yang dianggap tarikh ‘keramat’ ini untuk melangsungkan perkahwinan dengan harapan perkahwinan tersebut akan memperoleh ‘keberkatan’.

Budaya menyambut Hari Kekasih ini semakin popular dari semasa ke semasa. Anak-anak muda yang baru mencecah usia baligh pun sudah tahu apa itu Valentine, sedangkan pada masa yang sama mereka masih terpinga-pinga apabila ditanya tentang tarikh kelahiran Rasulullah s.a.w. Apabila menjelangnya bulan Februari, didapati iklan-iklan tentang sambutan Valentine's Day ini boleh didapati dimana-mana, yang sekaligus menyemarakkan jiwa remaja untuk menyambutnya. Media arus perdana juga tidak ketinggalan dalam menghidangkan promosi secara besar-besaran melalui iklan dan tayangan filem yang berkisar tentang perayaan ini.

Sebagai umat Islam, kita wajib mempersoalkan apakah Valentine's Day ini suatu bentuk perayaan yang boleh disambut atau pun tidak?. Umat Islam sewajarnya mengetahui bahawa beramal dan mengikut budaya dan agama selain daripada Islam, terutamanya di dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Ini kerana perkara-perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, malahan boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.

Mengikut sejarah, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Paderi besar Pope. Ada beberapa versi yang mengaitkan paderi St. Valentino ini dengan sambutan Valentine's Day. Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap sesuatu yang tidak boleh dilupakan dan sangat bermakna. Sehubungan dengan itu, tanggal 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk merayakan kemenangan tersebut pada setiap tahun, sekaligus dapat mengenang jasa St. Valentino itu.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaannya menumpaskan kerajaan Islam Sepanyol, dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam, manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila beliau ditanya tentang bentuk ganjaran yang beliau inginkan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan bahawa dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Perkara ini menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengikut mazhab Protestan, apatah lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Ratu Isabella murka dengan hasrat St. Valentino itu, lantas memerintahkan agar beliau dipenjarakan. Namun, baginda tetap mahu mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan tarikh 14 Februari sebagai 'Hari Mengingati Kekasih' yang ditujukan khas untuk memperingati St. Valentino.

Versi yang seterusnya menyatakan bahawa pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentino dibunuh kerana penentangannya terhadap penguasa Rome pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Ekoran daripada itu, St Valentino telah dianggap sebagai simbol ketabahan dan keberanian dalam menghadapi cabaran hidup, lalu untuk mengagungkannya, para pengikutnya telah menjadikan tarikh memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Berdasarkan sejarah asal-usul sambutan Valentine's Day ini, mengapakah masih terdapat umat Islam yang masih menganggap bahawa Hari Valentine itu begitu istimewa? Mengapakah masih terdapat umat Islam yang hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli dan semberono sedangkan mereka mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu?! Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud: 'Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.' Diharap agar kesilapan lalu tidak diulangi lagi, lantas masyarakat Islam harus sedar agar tidak lagi terlibat dalam sambutan yang bercanggah dengan Islam ini!

(Artikel ini telah disiarkan di majalah Milenia Muslim keluaran Februari 2009)
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

KEADAAN DI PADANG MAHSYAR



GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA

BAGAIMANAKAH cara manusia ke Padang Mahsyar? Bagi menjelaskan perkara ini, Allah berfirman pada ayat 86, Surah Mariam; ayat 102, Surah Taha dan ayat 97, Surah al-Isra'. Ayat itu maksudnya menyatakan bahawa cara manusia ke Padang Mahsyar ada tiga bahagian:

Orang yang pergi dengan berkenderaan iaitu orang bertakwa.

Orang yang berjalan kaki dan keadaan muka mereka biru keruh, kerana hati masing-masing sebak dengan kedukaan, iaitu orang yang mati dalam keadaan berdosa.

Orang yang berjalan dengan mukanya, sambil matanya tidak dapat melihat sesuatu yang menyukakannya. Lidahnya tidak dapat menuturkan hujah atau alasan yang boleh diterima daripadanya dan telinganya tidak dapat mendengar perkara yang menyenangkan hatinya.

Mereka ialah orang yang pada masa hidup di dunia tidak berusaha menggunakan matanya, lidahnya dan telinganya untuk mencapai kebahagiaan akhirat.

Cara itu diterangkan pula oleh Rasulullah SAW dalam hadis berikut:

Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud:
"Manusia yang dihimpunkan ke Padang Mahsyar pada hari kiamat adalah tiga golongan.
"Pertama golongan yang berjalan kaki; kedua, golongan berkenderaan dan ketiga, golongan yang berjalan dengan (berkakikan) mukanya."

Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana mereka dapat berjalan dengan mukanya?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya Tuhan yang telah menjadikan mereka boleh berjalan dengan kaki, berkuasa menjadikan mereka berjalan dengan muka mereka." (Hadis riwayat at-Tarmizi).

Bagaimana pula keadaan manusia ketika pergi dan berada di Padang Mahsyar?

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya! Kamu sekarang telah datang kepada Kami dengan keadaan sebatang kara seperti keadaan Kami ciptakan kamu keluar dari perut ibu kamu dulu, tidak berkain baju, tidak berkasut, tidak berkhatan dan tidak berharta benda." (Surah al-An'am, ayat 94).


Dan firman-Nya lagi pada ayat 29 Surah al-A'raf, maksudnya: "Sebagaimana Tuhan telah mulakan penciptaan kamu dengan keadaan yang tertentu, maka demikianlah pula kamu bangkit hidup kembali kepada Tuhan."

Mengenai keadaan yang disebut itu, Rasulullah menerangkan dalam hadis berikut:

Daripada Ibn Abbas, katanya, Rasulullah berdiri berucap kepada kami, sabdanya: "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya kamu dihimpunkan di Padang Mahsyar dengan keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup." (Kemudian Baginda membaca firman Allah bererti: Seperti Kami ciptakan manusia pada mulanya, demikian pula Kami ulangi ciptaannya, itulah janji yang sesungguhnya Kami akan lakukan) Ketahuilah! Sesungguhnya orang yang mula-mula sekali diberi pakai pakaian pada hari kiamat ialah Ibrahim al-Khalil." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Daripada Aisyah, bahawa Nabi bersabda: "Dihimpunkan manusia di Padang Mahsyar pada hari kiamat dengan keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup." Aisyah berkata: "Ya Rasulullah! adakah orang perempuan dan lelaki semuanya melihat satu sama lain?" Nabi menjawab: "Wahai Aisyah! Kedahsyatan keadaan pada masa itu menghalang masing-masing daripada melihat satu sama lain." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Pada satu riwayat oleh al-Nasa'i dan al-Haakim daripada Aisyah, katanya: Aku bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana pula keadaan aurat?" Nabi menjawab: "Tiap-tiap seorang pada masa itu cukup sibuk dengan hal menjaga keselamatan dirinya saja."

Maksud dua hadis itu ialah Rasulullah menerangkan bahawa manusia akan ke Padang Mahsyar dengan keadaan sebagaimana Tuhan menjadikan mereka keluar dari perut ibu dulu - tidak berpakaian, tidak berkasut dan tidak berkhatan.

Mendengarkan keterangan itu, Saidatina Aisyah bertanya: "Bagaimana hal aurat masing-masing ya Rasulullah! Adakah orang lelaki dan perempuan memandang satu sama lain?"

Rasulullah menjawab: "Wahai Aisyah! Kedahsyatan huru-hara kiamat menghalang manusia dari memandang satu sama lain, usahkan hendak memerhatikan aurat, tiap-tiap seorang pada masa itu cukup sibuk dengan hal menjaga keselamatan dirinya saja.”

Nabi Muhammad menerangkan lagi bahawa orang yang mula-mula sekali diberi memakai pakaian antara makhluk yang ramai itu ialah Nabi Ibrahim.
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

GOLONGAN YANG AKAN DISEKAT DARI TELAGA KAUTHAR



Daripada Asma' binti Abu Bakar As-Siddiq Radhiallahu anhuma berkata : ''Rasulullah SAW bersabda : ''Ketika aku sedang berdiri di tepi telagaku (telaga Al-Kauthar, iaitu pada hari kiamat nanti) sambil menunggu orang-orang yang datang meminum daripadanya, maka tiba-tiba ada orang-orang yang disekat daripada sampai ke sisiku (ke tepi telagaku). Lalu aku berkata: ''Bukankah mereka itu juga dahulunya daripada umatku?''. Maka dikatakan orang kepadaku: ''Ya benar, tetapi engkau tidak mengetahui bahawa mereka setelah itu kembali ke belakang (berpaling tadah atau meninggalkan ajaranmu).'' Berkata Ibnu Abi Mulaikah (salah seorang di antara perawi hadith) : ''Ya Allah! Kami berlindung denganMu daripada kembali kepada kekufuran atau kami diuji dengan ujian yang berat.'' (Hadith Riwayat Bukhari)

Telaga Al-Kauthar adalah telaga yang besar yang akan dianugerahkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW pada hari kiamat nanti. Telaga ini beribu-ribu batu luasnya dan gelasnya adalah lebih banyak daripada bilangan bintang yang ada dilangit. Sesiapa yang sudah meminum daripadanya walaupun hanya seteguk sahaja, ia tidak akan merasakan kehausan untuk selama-lamanya. Semua umat nabi Muhammad SAW akan berpeluang meminum air telaga yang mulia ini.
GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA

Namun nantinya pada hari kiamat kelak akan ada orang-orang yang disekat oleh para malaikat daripada mendekati telaga ini walaupun mereka menganggap bahawa diri mereka layak untuk meminum daripada air telaga tersebut dan Rasulullah SAW sendiri sebelum mengetahui hakikat perbuatan mereka yang sebenarnya merasakan bahawa mereka layak untuk meminum daripada telaga tersebut. Maka apabila para Malaikat menyekat mereka, Nabi SAW berkata ''Bukankah mereka juga dari umatku''. Lalu malaikat menjawab : ''Ya betul, mereka pada mulanya adalah termasuk daripada golongan umatmu, tetapi mereka telah meninggalkan ajaranmu''. Maka ketika itu baru Nabi SAW memahami keadaan sebenar dan beliau pun menyetujui tendakan malaikat tadi sambil berkata (yang disebutkan dalam riwayat lain) : ''Suhqan, suhqan''. Ertinya : ''Mereka layak untuk diusir dari telagaku, mereka laya untuk diusir dari telagaku''.


Betapa sialnya golongan ini. Rasanya teramat malu sekali di hadapan khalayak ramai di tengah-tengah padang Mahsyar yang merupakan tempat perhimpunan seluruh manusia daripada zaman Nabi Adam A.S sampai ke generasi dunia yang terakhir sekali. Ya, apa boleh buat kalau itu adalah hasil dari perbuatan mereka sendiri. Mereka mengaku sebagai orang Islam, tetapi amal perbuatan mereka bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri. Mereka mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW tetapi mereka tidak mahu mengikuti ajaran yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Mereka mengaku orang Islam tetapi mereka tidak mahu sembahyang, tidak mahu membayar zakat, tidak mahu berpuasa, tidak mahu menutup aurat dan begitulah seterusnya.

Hendaklah kita memohon kepada Allah SWT semoga Ia menguatkan iman kita dan memberikan kepada kita cucuran taufiq dan hidayah sehingga kita dapat mengamalkan segala tuntutan agama yang suci ini sampai ke akhir hayat dan mati dalam keadaan beriman. Amin.
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

·٠•● ♥ CUKUPLAH MNCINTAIMU DLAM DIAM ♥ ●•٠·

Assalamualaikum...

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ✿

◕ ‿ ◕Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

◕ ‿ ◕ Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

◕ ‿ ◕ Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

◕ ‿ ◕Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

◕ ‿ ◕Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

◕ ‿ ◕Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

◕ ‿ ◕Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

◕ ‿ ◕Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan


◕ ‿ ◕ Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


◕ ‿ ◕Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

◕ ‿ ◕Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

◕ ‿ ◕Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
★ ☆♥*~★ ☆♥*~★ ☆♥*~★ ☆♥*~★ ☆♥*~★ ★ ☆♥*~★ ☆♥*~★ ☆♥*~★
♥By : nur artiefah mohtar ♥
✿> Wahai akhi....ana dsini hnya mampu mncintai mu dalam Diam...✿>
✿> kadangkala perpisahan itu menyenangkan jika hanya mengharpkan redhanya Illahi..✿>
✿> mungkin ana diam mmbisu dlam setiap sapanmu...percayalah..ianya takkan sunyi dalam setiap bisikan doaku ✿>
·٠•● ♥ Usah TAKUT kehilangan orang yang DICINTAI kerana agama, sebaliknya takutlah KEHILANGAN AGAMA kerana orang yang kita cintai ♥ ●•٠·
(。◕‿◕ )bila tiba masanya.... ana akan cuba mencintaimu...(。◕‿◕ )

♥"AkU dAmBaKaN SuAmi SeHeBaT rAsUlullAh, AkU CuBa BeRaHKLaK muLia sEpErTi kHaDijAh
♥ JikA AkU mEngHaRaPkAn sUaMi SetAmPaN YUsUF, KaSiH SeTuLuS ZulAiKHA aKu UsAhAkAn
♥ AkU mEnCaRi sUaMI SeTeGUH iBrAhim, lAlU AkU PeRlU SeKUaT hAjAr & SArAh
♥ aKu bErMiMpi mEnDaPaT SuAmI SEpERtI AlI, mAkA aKu MEnGIKuti HebATNYa FatimAh" ♥INSYAALLAH — at kaherah,mesir.

★ ☆♥*~★ ☆♥*~★ ☆♥*~★ ☆♥*~★ ☆♥*~★ ★ ☆♥*~★ ☆♥*~★ ☆♥*~★
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

♥SEINDAH PERHIASAN DUNIA..ADALAH WANITA SOLEHAH ♥


♥ Assalamualaikum.... ♥

Insyaallah....kali ini ana nk share dgan korang pngalaman ana bertudung labuh...Perkara yang mngerakkan hati ana untuk menulis pngalaman ni disebabkan ada seorang sahabat ana...dia prnah ckap mcam ni dkat ana..."Aku teringin la nak brtudung labuh..tapi...."ya Allah....time tu rsa mcam ana brda di awan-awangan...alahamdulillah...ya Allah...seorang lagi sahabat ana nk brtudung labuh.. ♥

Mesti shabat2 ana sekalaian tertnya-tnya akan apa yang ditapikan oleh shabt ana...
TAPI:
~~Aku bukan tak nak berudung labuh..nak sangat..tapi apa pulak satgikwan2 kita ckap...famili aku..famili aku besa2 ja...tak alim sangat...
~inilah alsan yang diberikan oleh shabat ana...

skrang biar ana ceritakan pngalaman ana brtudung labuh...
Ana start pkai tdung labuh dri form 1 lagi...apa pyebab ana bertudung labuh?time ni ada seorang akak senior di sekolah ana yng bertudung labuh...entah kenapa ana suka tgok cra dia brtdung labuh seiring dengan sifat dia ..bagi ana sfatnya sngat secocok dgan cra pemakaian dia....rasa tnang sangat hati...ok2..time ni ana tak tahu lagi apa ertinya ana bertudung labuh..biasalah msih bdak form 1...masih main lari2 dlam klas.. ♥

Naik form 2 ana mla terikut-ikut balik cra pemakaian tudung zaman sekrang...ana hanya seorang hamba yang lemah dan hina...Biasalah..orang perempuan ni byak nafsunya...yang ni nak cuba..yang tu nak cuba...tgok ada tdung trlatest smuanya nk cuba...

Prnhujung tahun 2010...prsaan mlu tiba-tiba muncul dlam dri ana...ya Allah..apalah yang ana buat sebelum ni...pkai tudung labuh..tapi?tak btul2 istiqomah...jadi ana terus ambil tindakan dan ana cuba tnamkan azam dlam diri agar istiqamah...alhamdulillah..hingga khari ni ana masih mngekalkan mmakai tdung labuh..

skrang ana nk ceritkan pula cubaan2 yang ana hadapi ktika brtudung labuh:
1.Sukan?ya2..ana mmang aktif dlam aktiviti sukan..bila trun ja kpadang..mesti ad orang yang pndang semacam ja...awat?knpa?ingat tdung labuh tak bole main sukan ya...bgi shabat2 yang trdekat dgan ana...mreka mngkin faham...ada segelintir yang pndang rendah terhadap perempuan2 yang bertudung labuh.

2.Bla ana nk cba istiqamah dlam mmakai tdung labuh...kadang2 trsa juga nk pkai tdung2 latest skrang ni...buakn tak nak pkai..alsannya...tdung tu nipis..nak pkai tdung bawal..tapi nipis..nmpak leher..nak pkai shawl...tapi pndek...ya Allah...kalau pkia yang lbih2 cikit nanti membawa kpada tabarruj...lbih baik bertudung labuh..biar lah orang nak kata apa2 pown...asalkan...kita mnjaga kwajipan kta...buat apa kalau cantik di dunia di akhirat nanti buruk..?lbih baik cantikkan ibadat kita...statment ana ni bkan brmaksud tak bole langsung nk brfesyen2..tapi biarlah berpada2...

3.Seperti yang shabt ana ckap tdi...mmang bnar..kdang2 kta rsa malu dgan aggota famili kita yng lain...ana bkannya asal dri keluarga imam kampung,anak ustaz,ustazah..tapi alhamdulillah..ana ttap lahir dlam keluarga yang masih menitikberatkan hukum agama...mula2 mmnang rsa segan tapi lma2 rsa tu akn hilang...jgan jadikan alsan malu mybabkan ana tidak brtudung labuh...

4.Ada sesetengah shabat ana menganggap bertudung labuh ni tak bergaul denagn orang lain...contohnya..mreka sdang2 brsmbang2..tpi..bla tiba2 ana dtang mreka trus diam...knapa diam wahai shabat..ana juga mnusia biasa..sama sperti kalian..katanya takut ada tak berminat dgan crta mrka....ana pnah jugak trdengar keluhan dri shabat ana yang bruw brtdung labuh..katanya sahabat2 sekelasnya sperti pinggirkannya stlah brtdung labuh..kdang2 ana trdngar jugak alsan apa puncany...sesungguhnya..ianya tidak adil...tak beerti bertdung labuh tak boleh nak bergaul dengan shabat2 yg lain...

Bagi shabt2 yang nak bertudung labuh..teruskanlah niat kalian.. ♥ ambillah pngalaman artiefah sbagai pengajaran...bila kta buat sesuatu tu biarlah istiqamah...jgn buat sparuh jlan...cuba brsahabt dgan mreka yang brilmu...insyallah...kalian akn mndpt faedahnya...biarpun hanya sedikit...

Terima kasih yang x terhingga kpda mrka yang mmbantu ana mmperbaiki dri ini..ustazah munirah + ustazah saliza... ♥ nasihat kalian takkan artiefah lupa...shabat2 prjuangan...nash,moon,zuen,jihaah,shikin,nurin,cti...makasih ats sokongan korang smua ya... ♥

SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2011 Protected | Infinite