♥ CARI HADIAH UNTUK BIRTHDAY ? ANNIVERSARY ? KLIK SINI !




BERCINTA SEBELUM VS SELEPAS NIKAH


Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.

Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.

Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.

Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.
Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:

Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.

Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.

Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.

Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".
Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.

Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.

Ungkapan-Ungkapan romantis seperti

"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing

Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".
Renungilah Firman-Firman ALLAH:

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)

Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).

"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya".

Marilah kita sama-sama renung samada kita tergolong dalam manusia yang beriman atau sebaliknya.

Sumber imej : Google Image
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

PANDUAN UNTUK MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH


Dari Aisyah ra. yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan ?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu ?" Bersabda Rasulullah saw. "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah saw. dan bertanya, “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya ? Rasulullah saw. menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Al-Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (HR Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (HR Ath-Thabrani)

Firman Allah swt. "... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (an-Nisaa’: 34)

Nabi saw. bersabda, “Dan sebaik-baik wanita(isteri) ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Nabi saw. bersabda, “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (HR Abu Daud dan At-Tirmizi )

Nabi saw. bersabda menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga pada hal wanginya boleh dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (HR Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah saw. dan para sahabat melakukan solat gerhana dengan solat yang panjang , Rasulullah saw. melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda saw. menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalau kamu berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi saw. bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

BERCAKAP MEMANG MUDAH!



~~ AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR ~~
Ana ada sebuah cerita yang nak ana kongsikan dengan kalian semua..Cerita ini mungkin pendek tapi insyaallah..dapat beri kalian sahabat ana yang tercinta sedikit kesedaran.Ok..sebelum tu meh kta tgok dulu apa maksud ataupun takrif amar ma'ruf nahi mungkar.

Amar ma'ruf nahi munkar, (al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar) adalah sebuah frasa dalam bahasa Arab yang maksudnya sebuah perintah untuk mengajak atau menganjurkan hal-hal yang baik dan mencegah hal-hal yang buruk bagi masyarakat.

Dalil Amar Ma'ruf Nahi Munkar adalah:

Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” [Luqman 17]

Jika kita tidak mau melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar, maka Allah akan menyiksa kita dengan pemimpin yang zhalim dan menindas kita dan tidak mengabulkan segala doa kita:

Hendaklah kamu beramar ma’ruf (menyuruh berbuat baik) dan bernahi mungkar (melarang berbuat jahat). Kalau tidak, maka Allah akan menguasakan atasmu orang-orang yang paling jahat di antara kamu, kemudian orang-orang yang baik-baik di antara kamu berdo’a dan tidak dikabulkan (do’a mereka). (HR. Abu Zar) [1]

Amar Ma'ruf Nahi Munkar dilakukan sesuai kemampuan. Yaitu dengan tangan/kekuasaan jika dia adalah penguasa/punya jabatan. Dengan lisan/tulisan jika dia adalah jurnalis atau intelektual. Atau minimal membencinya dalam hati atas kemungkaran yang ada. Ini adalah selemah-lemah iman (Hadits).

dah faham? ok2 pelan-pelan ok?
meh dengar cerita yang ana nak cakap tadi..
-----> Seperti cuti persekolahan yang lain..satu daripada hari cuti panjang ana akan keluar bersama sahabat untuk mencari barang-barang keperluan persekolahan yang perlu.ok!tapi hari ini ana rasa ada suatu kelainan yang berbeza dalam diri ana.Ana pmemandang sahabat ana yang tercinta sedalam-dalamnya sewaktu dalam perjalanan untuk ke sebuah pusat membeli belah.Sahabat ana bernama Nik.Ana cuba untuk memulakan bicara setelah senyap seketika tadi memikirkan sesuatu.Ana memulakan bicara selepas lirikan mata Nik bagaikan memujuk ana untuk meluahkan kepadanya.Ana memulakan bicara:

"Ingat tak apa yang ustazah cakap kelmarin?"
Ana bagaikan bercakap sendirian selepas sahabat baik ana cuba mendiamkan diri dan memikirkan sesuatu.Dia hanya mampu menggeleng.Mungkin apabila diceritakan baru akan difahami.

"Apa eh?"

"Kan ustazah ada cakap amar ma'ruf nahi mungkar tu tanggungjawab kita.Jadi nak x kta cuba laksanakan perkara ni?"
Belum sempat sahabat ana memberi jawapan terus saja ana memotong.

"Jangan la risau.Insyaallah,takkan berlaku apa-apalah.Allah kan ada? :)"cuba tersenyum tanda memujuknya.

"OK-ok ! tapi syaratnya awak yang kena cakap dulu ya?"

"Baik! "

Mesti sahabat-sahabat sekalian tertanya-tanya kan,apa la yang ana nak buat ni..

Selepas menunaikan solat Zohor di surau yang disediakan,ana cuba tarik tangan Nik dan dan mula bertanyakan soal perkara yang dirancang pada awal pagi tadi.

Nak tanya sahabat semua..pernah tak nampak orang berdating apabila jalan-jalan kat pasar raya?ecehhh..tak payah tipu-tipu lah~~ pernah tegur tak?tak kan?sama juga dengan ana..

"Jom kita buat apa yang kita rancang pagi tadi?"
"OK2,selalunya nak tengok orang dating-dating ni dekat bahagian tingkat wayang la kan?nik cuba untuk memberi pandangan.

Ada benar apa yang dicakapkannya
"Takkan nak naik tingkat atas sekali kot?mesti semua orang tengok pelik..Tudung labuh.tapi naik tingkat wayang."kata-kata ini tiba-tiba terkeluar dari mulut ana

Mata tajamnya cuba dijerlingkan pada ana."Tengok tu..tadi beria-ria sangat"Ni tanggungjawab kita.satu pasangan couple pon jadilah..sekurang-kurangnya kita cuba..Kalau difikirkan balik memang rasa pelik.
Kami datang berlima 5.3 sahabat yang lain hanya mampu terdiam dengan tindakan kami.Alhamdulillah,,mereka juga mahu membantu.

"Tu ! nampak tak?"
ana cuba mengalihkan pandangan kearah yang ditunjuk.sahabat ana Hidayah mula berbicara.

"Jom!"Nik mengajak untuk kesana.
"Ish,tak jadi la.jom la kita turun balik.Ana tak selesa la orang sekeliling dok tengok pelik.Tak jadilah2"Lain kali la"Ana mula menunjukkan reaksi memujuk agar rancangan ini digagalkan
"Subhanaallah..dia buat lagi!"Nik sekali lagi membentak ana..Biar la apa yang orang nak cakap.nampak tak perempuan tu.dia tanggungjawab kita.kita kena tegur dia."

"ok la"..ana tak mampu lagi nak berkata-kata.
"kit pi depan lepa lepas tu kita cuba ajak bersembang dengan girlprend dia"

"kita ni macam pejabat agama ja?dok ligan orang yang buat maksiat?"ana mula bergurau.

"Dia ni kan!"Nik mula menegur
ana yang pada mulanya lagak seperti orang dewasa berubah menjadi kanak-kanak yang patuh arahan seorang ummi :)

Kami bergerak beriringan menuju kearah pasagan yang sedang hangat bercinta.:)
Semua yang dirancang pada mulanya musnah apabila semuanya bukan menuju ke pasangan tu tapi semua pergi duduk dekat kerusi panjang yang bersebelahan dengan mereka.
Kalau duduk satu kerusi dengan mereka pown cukup walaupun jumlah kami 5 orang disebabkan pasangan tu terlalu berkepit.

Dah pukul 2.00..
Cepatnya boyprend dia balik sembahyang jumaat.mungkin bawak girlprendnya sekali kowt g sembhyang jumaat..senang sikit..jimat duit minyak :) :) :) hihi

ana dan sahabat jadi terkaku selepas berada bersebelahan mereka.
"Ish! pegang kejap bag ni.sya nak ambik yassin ,baca kuat-kuat bagi lepa dengax senang cikit."sambil tangannya memunggah beg dan mengeluarkan tafsira surah-surah pilihan yang baru dibelinya tadi.

sia-sia.Hidayah bagaikan baca untuk dirinya sendiri.perlahan! :)

Sekelip mata.pasangan tadi tiba-tiba dah hilang.
Dengan perasaan hampa kami berlima hanya mampu pulang dengan tangan yang kosong...
Mungkin pada masa yang akan datang,persediaan awal akan dilakukan:)

Akhir sekali.apa yang nak ana katakan.Kita diciptakan di dunia sebagai khalifah bertujuan untuk menashati antra satu sma yang lain.Biarpun siapa kita.Usah diukur semua itu!yang penting..it's our collective responsibility!!
Juga berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

"Sesiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran,
hendaklah dia mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengan tangannya.
Jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya.
Jika dia masih tidak mampu (maka ubahlah) dengan hatinya (dengan membencinya),
yang sedemikian adalah selemah-lemah iman."
Wahai ukhtiku syang! adakah kalian benar-benar yakin pasangan anda kini jodoh anda,yang telah tertulis di lauhul mahfuz?,sma juga dirimu wahai akhi ....! Bagi ana bercouple selepas kahwin lebih indah:)

Meh sini tengok akibat kita tak nahi mungkar:
Akibat mengabaikan perintah amar ma’ruf nahi mungkar

Sebagaimana diungkapkan dalam pendahuluan kerana pentingnya amar ma’ruf dan nahi mungkar, Allah memerintahkan umat Islam untuk melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Ketika kewajiban itu diabaikan dan tidak dilaksanakan, maka pasti orang-orang yang mengabaikan dan tidak melaksanakannya akan mendapat dosa. Tidak ada satu umatpun yang mengabaikan perintah amar ma’ruf dan nahi mungkar kecuali Allah menimpakan pelbagai hukuman kepada umat itu.

Berikut ini akan disebutkan sebagiannya sebagaimana disebutkan oleh Dr.Muhammad Abdul Qadir Abu Faris dalam bukunya Al-Amru Bil-Ma’ruf Wan-Nahiu ‘Anil-Mungkar dan Dr. Sayyid Muhammad Nuh dalam bukunya Taujihat Nabawiyyah .

1. Azab yang menyeluruh

Apabila kemaksiatan telah maharajalela di tengah-tengah masyarakat , sedangkan orang-orang yang soleh tidak berusaha mengingkari dan membendung kerosakan tersebut, maka Allah SWT akan menimpakan azab kepada mereka secara menyeluruh baik orang-orang yang jahat maupun orang-orang yang soleh. Firman Allah :

Dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu.Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya (QS.Al-Anfal : 25 ).

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab shahihnya dengan sanadnya dari Zainab binti Jahsy bahwa ia bertanya : Wahai Rasulullah, apakah kita akan binasa padahal di tengah-tengah kita ada orang-orang yang soleh?

Rasulullah saw. menjawab : ” Ya, apabila kemaksiatan telah merajalela”.

Abu Bakar r.a. berkata : Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda :

Sesungguhnya jika orang-orang melihat orang yang berbuat zalim lalu tidak mencegahnya , maka hampir saja menimpakan siksa secara menyeluruh kepada mereka.(HR. Tirmidzi).

2. Tidak dikabulkannya do’a orang-orang yang soleh

Apabila suatu masyarakat mengabaikan amar ma’ruf dan nahi mungkar serta tidak mencegah orang yang berbuat zalim dari kezalimannya, maka Allah akan menimpakan siksa kepada mereka dengan tidak mengabulkan do’a mereka.

Sabda Rasulullah saw. :

Demi dzat yang diriku ada di tangan-Nya hendaknya kamu menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, atau Allah akan menimpakan siksa kepadamu kemudian kamu berdo’a kepada-Nya lalu tidak dikabulkan. ( HR. Tirmidzi).

3. Berhak mendapatkan laknat

Di antara hukuman orang yang mengabaikan amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah berhak mendapatkan laknat, yakni terusir dari rahmat Allah sebagaimana yang telah menimpa Bani Israil ketika mengabaikan amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Abu Daud meriwayatkan dalam kitab Sunannya dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas’ud ia berkata :

Rasulullah saw. bersabda : ” Pertama kerosakan yang terjadi pada Bani Israil, iaitu seseorang jika bertemu kawannya sedang berbuat kejahatan ditegur : wahai fulan, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan perbuatan yang kamu lakukan, kerana perbuatan itu tidak halal bagimu, kemudian pada esok harinya bertemu lagi sedang berbuat itu juga, tetapi ia tidak menegurnya, bahkan ia telah menjadi teman makan minum dan duduk-duduknya. Maka ketika demikian keadaan mereka, Allah menutup hati masing-masing, sebagaimana firman Allah :

“Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putra Maryam. sampai firman Allah ( tapi kebanyakan mereka adlah orang-orang yang fasik) . Kemudian Nabi bersabda : ” Tidak, sekali-kali jangan seperti mereka. Demi Allah, kamu harus menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar dan mencegah orang yang berbuat zalim, kamu harus mengembalikannya ke jalan hak, dan kamu batasi di dalam hak itu. Atau kalau tidak, Allah akan menutup hatimu, kemudian melaknat kamu sebagaimana melaknat mereka “.
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

SAMPAIKAN PESAN UMMI PADA AYAHMU

assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Air mata hamba yang hina ini mengalir selepas membaca artikel di bawah ..subhanaallah..sungguh hina kita ini..mereka disana bermatian-matian untuk menegakkakn agama Allah..dan rela untuk mendapatkan syahid..sedangkan kita???masih berseronok dan alpa dengan nikmat yang Allah berikan..renung-renungkanlah...mereka adalah saudara kita!!mana tanggungjawab?meskipun tidak dapat berbuat apa-apa,berdoalah..berdoalah buat kesejahteraan mereka...lebih menyentuh hati apabila anak-anak kecil yang belum mengenal erti hidup menjadi mangsa..allahuakbar.. ~free palestin ~

Ahmad putraku

Ummi tak tahu kenapa pagi ini kau berkeras
Pergi ke pasar untuk belanja dapur kita
Dimana biasanya Ummi yang melakukannya
katamu,"Biar Ummi di rumah,
Ummi mengaji saja di kamar
Biar Ahmad yang pergi ke pasar
Sekali ini saja."

Kau sangat berkeras
Ahmad putraku
Ummi tak ada prasangka padamu
Lelaki kecilku yang dibanggakan ayahmu juga aku
Lalu kau pun pergi membawa keping logam tersisa
Untuk ditukar dengan apa saja sekedar hidup hari ini
Ummi lalu kembali larut dalam ayat Quran cinta kita
Kemudian mendadak suara langit menggelegar
Pesawat dari neraka datang lagi
Diikuti dentum keras terdengar
serasa dekat di telinga Ummi
Lalu tiba-tiba saja Ummi merasa khawatir denganmu
lalu bergegas keluar rumah
seperti para tetangga Ummi
Mencari tahu apa yang telah terjadi
semua berlari ke arah pasar tempat kau pergi
Ahmad putraku

Lalu ummi melihatmu terkapar di jalan
Diantara raga-raga tak bergerak lainnya
Kau sekarat disana. Tanganmu saja yang bergerak
Ahmad putraku
Ummi spontan membopongmu mencari pertolongan
Di mulutmu hanya ada suara
Suara yang sangat kita kenal
"Allah! Allah! Allah! Allah!"
Lirih Lemah

Tapi menembus kuat hingga langit tertinggi
Dan Allah ternyata memberi cinta di pagi ini padamu
Juga pada Ummi
lalu kubisikkan kata di telingamu,
"Putraku tersayang,
Sampaikan pesan Ummi pada Ayahmu di syurga
bahawa
ummi akan lanjutkan perjuangan kalian
Ummi akan teruskan perlawanan kalian
Selamat jalan Ahmad anakku tersayang
Selamat jalan syahidku cintaku

Ternyata Allah telah memanggilmu pagi ini
Biarkan Ummi menangis terakhir kalinya
mengantarmu pergi ke taman kehidupan sebenarnya
dimana Ayahmu menunggu di pintu gerbangNya
Tunggu Ummi ya nak, tunggu
Kita kelak akan bersama lagi seperti dulu …
Laailahailallah Muhammadarrosulullah
Innalillahi wa innailaihirojiuuuwn…"

DISANA MEREKA BERJIHAD MENENTANG MUSUH ALLAH, DAN KITA DISINI MASIH LEKA DENGAN DUNIAWI

ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR!!
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

BERPURDAH? PERBETULKAN NIATMU..


“Wah, cantik dia pakai jubah dan tudung labuh, mesti ramai lelaki soleh yang tertarik.”

“Pakai niqob nampak baik, mata yang memukau, mesti ramai lelaki muslim yang tertarik.”


Siapakah yang penyebab dialog diatas, pemakainya atau yang melihatnya?

DramaKing dan DramaQueen ini kadang-kadang menjadi buah mulut masyarakat kita, bila melihat gadis muslimah berniqob. Persepsi yang sungguh berlainan antara jantina bila melihatnya. Jadi apakah situasi ini betul atau sebaliknya. Mari kongsikan bersama saya!

Sudut pandang sisi seorang LELAKI

Sedih rasanya bila maqosid dan tuntutan asal berniqob disalah ertikan oleh mereka yang tahu akan hukum-hakam berniqob.

Sebagai seorang lelaki muslim, perasaan sukakan kepada wanita muslimah itu sudah menjadi kelaziman bagi mereka yang sudah terkena pukauan gadis muslimah ini. Sejuknya mata dan berbunga hati bila melihat gadis muslimah berpurdah, terdetik dalam sanubari untuk mencari gadis muslimat yang berpurdah.


Perwatakan mereka yang bertudung labuh, berjubah ditambah pula dengan sehelai kain menutup muka membuatkan silelaki ingin tahu dan ingin mendekati sigadis tersebut. Walaupun hanya dapat melihat dari jauh ia cukup membuatkan fitnah itu menjalar tanpa mereka sedari.

Saya tidak nafikan mereka yang yang memakai pakaian muslimah ini mempunyai akhlak yang baik. Tapi dari pengalaman. Dari sini ada sesuatu yang saya hendak sampaikan. Mereka. Yang bertudung labuh dan juga berniqob sekalipun, tunjukkanlah contoh yang baik. Berakhlaklah seperti mana pemakaian. Bukan sekadar luaran bahkan jua dalaman.

Mungkin kerana terkena panahan matanya atau sebaliknya!


Saya sangat menghormati mereka yang memakai niqob ini, tetapi sejak-sejak akhir ini saya nampak ia menjadi satu trend masakini untuk berselindung dari wajah sebenar atau atas kefahaman atas pemakaian tersebut. Walahualam.

Pengalaman, saya pernah berselisih dengan seorang gadis muslimah memakai niqob ala-ala saudi meliputi jubah di seluruh badannya dengan warna hitam, tetapi apa yang saya pelik disini, ternampak dengan jelas solekan maskara dan lentikan bulu mata tambahan dengan anakmata biru itu seolah-olah ingin menarik pandangan jejaka-jejaka yang melihatnya.


Adakah disebabkan berniqob ini gadis muslimah ini dibolehkan bersolek?


Sudut pandang sisi seorang WANITA

Bagi wanita mereka ada sebabnya sendiri kenapa memilih untuk berniqob. Kenal pastilah dulu setiap amalan dalam kehidupan ini, kerana ia tidak boleh dipisahkan dengan niat. Refresh balik niat memakai purdah itu berniat untuk menjauhi fitnah daripada individu dan masyarakat luar terutama sekali kepada kaum muslimin atau masyarakat arab, dipersilakan.

Memakai purdah dengan penuh keikhlasan akan memberi sedikit benteng maruah dan keimanan kerana pandangan orang awam terhadap gadis muslimah yang berpurdah ini agak berlainan sedikit. Tapi bila sudah berselindung disebalik purdah, kenapa harus kita membuka ruang fitnah orang awam tehadap kita?

Jangan jadikan niqab ini fesyen.
“Orang solehah dia pakai niqab.” “Artis solehah pon pakai niqob.”

Tidak. Jangan begitu. Kalau pakai niqob kerana itu, maka niqob sudah menjadi fesyen, bukan lagi kerana mendapat redha Allah, bukan lagi kerana ingin menutup fitnah. Niqob nanti hanya sekadar menjadi ikutan atau tred orang dakwah. Kenapa pakai? Sebab kalau nak jadi ustazah, kena pakai niqab baru nampak macam ustazah.

Jangan. Tak pakai niqob bukannya tak solehah, bukannya tidak baik. Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqob, memandang rendah mereka yang tidak memakai niqob. Tak pakai niqob juga, bukanlah tidak boleh menyampaikan dakwah bila berada atas jalan tarbiyyah.
Sejak bila pulak, niqob menjadi lesen untuk semua itu?

Bagi yang memakai niqob, teruskan dan perbaiki peribadi. berniqob akan menjadi pandangan dan perhatian manusia dan lelaki lain. Ada yang ingin menghina, maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu. Ada yang ingin mencontohi, maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu. Ada yang ingin menghargai, mempercayai, maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka.

Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah, mendapat redha dan mardhatillah. Jaga diri, jaga akhlak, jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah. Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’, dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh. Lebih buruk lagi, kejatuhannya memburukkan pula Islam.
Terakhir untuk gadis muslimah

Maka, pakailah dengan kefahaman yang jelas.

Saya ingatkan sekali lagi, dengan kefahaman. Bukan sebab main-main, bukan sebab ikutan kakak atau ustazah, bukan sebab trend, bukan sebab fesyen.

Alangkah indah jika gadis muslimah berhijrah kerana sudah memahami dan ingin melaksanakan tuntutan berniqob tersebut.

Namun sebaliknya sekarang, perkara atau hukum hijab ini seolah-olah dianggap sebagai peredaran fesyen yang sekadar menjadi sebutan dan trend. Pihak yang memberi pengaruh dan ikutan semestinya dari golongan selebriti disebabkan oleh faktor populariti mereka.

Namun yang demikian, perkara niqob ini merupakan suatu tuntutan yang tidak boleh dipandang ringan. Apa yang merisaukan adalah pemahaman terhadap tuntutan ini disalah ertikan dengan pelaksanaan yang sia-sia semata-mata.


Niqob adalah sehelai kain yang digunakan untuk menutupi muka seorang wanita kecuali mata yang lebih dikenali sebagai “purdah”.

Pemakaian niqob bagi seorang wanita menjadi persoalan para ulama masakini sama ada ianya wajib ataupun tidak. Namun begitu, penggunaan niqob dipersetujui bahawa adalah sangat digalakkan.

Sama-samalah kita menjaga diri.

Saya dan kita. Perempuan dan lelaki.

Sama-sama kita perbaiki diri.

Wallahu’alam.


This post was written by
http://www.shakirshafiee.com/v1/2011/12/05/disebalik-sehelai-kain-bernama-niqobpurdah/
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

mujahidah solehah buat mujahid

assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Bila hatiku tiba-tiba merindui seorang mujahid,
Aku meletakkan sepenuh kepercayaanku padaNya,
Timbul rasa tidak layak apabila memikirkan keadaan diri yang serba kekurangan,
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
Ya Allah, temukanlah aku dengan seorang suami ahli Syurga,
Saat aku merinduinya, lebih kuat aku bermunajat kepadaMu,
Lebih pantas aku meningkatkan dan memperbaiki keperibadianku,
Ya Allah, hanya Engkaulah penyusun terbaik buatku…

Seiring dengan peningkatan umur barangkali, hati kadangkala merindu. Merindui mujahid yang akan memimpin tanganku ke syurga bersamanya. Namun, apalah daya yang ada pada diri seorang wanita. Merindu semata-mata tidak membawa kemana-mana. Begitu juga dengan doa tanpa usaha dan komitmen diri.

Doa dan Komitmen
Nabi Saw bersabda:
“Tawakkal bermakna bahwa engkau harus mengikat unta dan kemudian Anda dapat disebut bahwa Anda telah bersandar kepada Allah bahwa Dia akan melindungi untamu. Engkau tidak dapat bersandar semata-mata kepada tali, kerana banyak unta yang dicuri dengan tali. Namun engkau tidak boleh melalaikan tali kerana dengan mengikat unta dengan tali merupakan sebahagian dari tawakkal.”

Ya, konsep tawakal itu bukan hanya dengan berdoa. Tapi dengan usaha dan komitmen. Contohnya kita yang mengimpikan pasangan ahli syurga, namun kita sendiri tidak menggerakkan diri kita untuk menjadi ahli syurga, tiada maknanya.

Hari-hari kita berdoa Allah perbaiki keputusan peperiksaan kita, padahal kita masih sama malas seperti dahulu. Masih tidur sewaktu kelas berjalan. Masih terus bergantung harap kepada rakan-rakan dalam menyiapkan assignment. Bagaimana doa kita akan termakbul?

Kita perlukan komitmen untuk setiap yang kita doakan. Kita perlu tunjukkan kepada Allah SWT kesungguhan kita untuk mencapai segala yang kita inginkan. Kita perlu bergerak seiring dengan doa-doa kita, dan terus sabar dan sabar sehinggalah Allah Yang Maha Mengetahui mencorakkan sesuatu yang terbaik buat kita, para hambaNya yang sentiasa berharap padaNya.

Namun dalam isu seorang muslimah yang merindu sang Mujahid, apakah pula bentuk-bentuk usaha yang boleh dilakukan? Bolehkah doa itu juga dikira sebagai satu usaha?

Info Buat Sang Perindu(Wanita)

Ya, wanita juga harus berusaha untuk mendapatkan jodoh yang terbaik. Bukan hanya menunggu dan terus menunggu sahaja. Berikut merupakan tips yang dikongsikan oleh seorang penulis, Fatimah Syarha Muhammad Nordin. Semoga bermanfaat buat seluruh saudara perempuanku yang merindu.

~✿Berusaha menyediakan diri sebagai produk solehah yang diidam-idamkan. Kalau dulu selalu solat bersendirian, belajarlah untuk solat berjemaah pula. Supaya nanti boleh mengimamkan anak-anak di rumah. Kalau dulu kurang pandai memasak, rajin-rajinkan diri untuk turun membantu ibu di dapur. Kalau dulu bangun setelah matahari tegak di atas kepala, belajarlah untuk tidak tidur selepas subuh. Biasanya produk solehah yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya akan mendapat sambutan tinggi di pasaran dunia dan akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah kesediaan hati anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak

~✿Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya mudah dimiliki oleh lelaki yang kurang berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki(hanya dengan sedikit SMS, call dan puji-pujian), senang pula untuk dipersia-siakan. Fitrahnya, sesuatu yang sukar untuk dimiliki akan lebih dihargai dan dipelihara dengan baik. Begitu jua hati dan dirimu wahai saudariku. Serahkanlah kepada yang benar-benar layak sahaja

~✿Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka, dan sebagainya yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat, hanyalah sekadar wasilah semata-mata. Bila kita menghampiri penjual minyak wangi, tempias wanginya mengharumi kita. Sebaliknya pula bila kita rapat dengan tukang besi, baju kita mungkin terbakar terkena tempias api yang membakar besinya. Begitulah kesannya pemilihan kawan yang betul dalam membentuk peribadi diri kita.

~✿Jika anda terpikat dengan agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan ‘malu’ anda di matanya.

~✿Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan jodoh untuk anda. Pengalaman dan restu mereka insyaAllah menjamin kesinambungan keluarga bahagia yang anda impikan.

~✿Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik ,mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia, iaitu terus melibatkan ibubapa atau orang tengah.

Semoga saat kita merindu, Allah kurniakan kita kekuatan untuk memperbaiki dan menyediakan diri kita kearah yang lebih baik. Semoga Allah SWT yakin dengan kesungguhan yang kita tunjukkan, dan mempermudahkan segala urusan kita.

Tak salah untuk merindu dan mengharap yang terbaik, cuma bergeraklah seiring dengan segala yang kita doakan, tanda kesungguhan kita dalam meminta kepadaNya. Semoga Allah SWT makbulkan doa-doa kita.

Wallahu’alam.
By:http://nursadiqah.blogspot.com/2010/10/bila-aku-merindu.html
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

JADIKAN AL-QURAN SEBAGAI PENEMAN DAN PANDUANMU

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos
✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀
Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah:-

1. Ibadah yang paliong utama dari segi bacaan

2. Pahala membaca satu huruf daripada Quran (menurut Ibn Majah digandakan 400x, Ibn Al-Jauzi digandakan 700x)

3. Balasan satu huruf yg dibaca ialah bidadari syurga, juga dikatakan balasan pokok di syurga

4. Mengikut Ibnu Abbas r.a pembaca Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus

5. Selamat dari api neraka-mendapat kedudukan yg tinggi dan mulia bersama malaikat

6. Pada hari Kiamat, Al-Quran akan menjadi pembela

7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga

8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat

9. Pembaca akan dimasukkan dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin

10. Menjadi cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit

11. Jika di baca di dalam rumah, ajan memberi cahaya kepada rumah itu

12. Membaca secara tadarus(bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi para malaikat.

13. Pembaca yang mahir dan baik bacaan, diutamakan menjadi imam solat

14. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran quran

15. Mempelajari satu ayat lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat

Sumber : Buku bertajuk ” INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT “
✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀✿❀ ✿❀
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2011 Protected | Infinite