♥ CARI HADIAH UNTUK BIRTHDAY ? ANNIVERSARY ? KLIK SINI !




BERPURDAH? PERBETULKAN NIATMU..


“Wah, cantik dia pakai jubah dan tudung labuh, mesti ramai lelaki soleh yang tertarik.”

“Pakai niqob nampak baik, mata yang memukau, mesti ramai lelaki muslim yang tertarik.”


Siapakah yang penyebab dialog diatas, pemakainya atau yang melihatnya?

DramaKing dan DramaQueen ini kadang-kadang menjadi buah mulut masyarakat kita, bila melihat gadis muslimah berniqob. Persepsi yang sungguh berlainan antara jantina bila melihatnya. Jadi apakah situasi ini betul atau sebaliknya. Mari kongsikan bersama saya!

Sudut pandang sisi seorang LELAKI

Sedih rasanya bila maqosid dan tuntutan asal berniqob disalah ertikan oleh mereka yang tahu akan hukum-hakam berniqob.

Sebagai seorang lelaki muslim, perasaan sukakan kepada wanita muslimah itu sudah menjadi kelaziman bagi mereka yang sudah terkena pukauan gadis muslimah ini. Sejuknya mata dan berbunga hati bila melihat gadis muslimah berpurdah, terdetik dalam sanubari untuk mencari gadis muslimat yang berpurdah.


Perwatakan mereka yang bertudung labuh, berjubah ditambah pula dengan sehelai kain menutup muka membuatkan silelaki ingin tahu dan ingin mendekati sigadis tersebut. Walaupun hanya dapat melihat dari jauh ia cukup membuatkan fitnah itu menjalar tanpa mereka sedari.

Saya tidak nafikan mereka yang yang memakai pakaian muslimah ini mempunyai akhlak yang baik. Tapi dari pengalaman. Dari sini ada sesuatu yang saya hendak sampaikan. Mereka. Yang bertudung labuh dan juga berniqob sekalipun, tunjukkanlah contoh yang baik. Berakhlaklah seperti mana pemakaian. Bukan sekadar luaran bahkan jua dalaman.

Mungkin kerana terkena panahan matanya atau sebaliknya!


Saya sangat menghormati mereka yang memakai niqob ini, tetapi sejak-sejak akhir ini saya nampak ia menjadi satu trend masakini untuk berselindung dari wajah sebenar atau atas kefahaman atas pemakaian tersebut. Walahualam.

Pengalaman, saya pernah berselisih dengan seorang gadis muslimah memakai niqob ala-ala saudi meliputi jubah di seluruh badannya dengan warna hitam, tetapi apa yang saya pelik disini, ternampak dengan jelas solekan maskara dan lentikan bulu mata tambahan dengan anakmata biru itu seolah-olah ingin menarik pandangan jejaka-jejaka yang melihatnya.


Adakah disebabkan berniqob ini gadis muslimah ini dibolehkan bersolek?


Sudut pandang sisi seorang WANITA

Bagi wanita mereka ada sebabnya sendiri kenapa memilih untuk berniqob. Kenal pastilah dulu setiap amalan dalam kehidupan ini, kerana ia tidak boleh dipisahkan dengan niat. Refresh balik niat memakai purdah itu berniat untuk menjauhi fitnah daripada individu dan masyarakat luar terutama sekali kepada kaum muslimin atau masyarakat arab, dipersilakan.

Memakai purdah dengan penuh keikhlasan akan memberi sedikit benteng maruah dan keimanan kerana pandangan orang awam terhadap gadis muslimah yang berpurdah ini agak berlainan sedikit. Tapi bila sudah berselindung disebalik purdah, kenapa harus kita membuka ruang fitnah orang awam tehadap kita?

Jangan jadikan niqab ini fesyen.
“Orang solehah dia pakai niqab.” “Artis solehah pon pakai niqob.”

Tidak. Jangan begitu. Kalau pakai niqob kerana itu, maka niqob sudah menjadi fesyen, bukan lagi kerana mendapat redha Allah, bukan lagi kerana ingin menutup fitnah. Niqob nanti hanya sekadar menjadi ikutan atau tred orang dakwah. Kenapa pakai? Sebab kalau nak jadi ustazah, kena pakai niqab baru nampak macam ustazah.

Jangan. Tak pakai niqob bukannya tak solehah, bukannya tidak baik. Saya agak terkilan dengan sebahagian orang yang memakai niqob, memandang rendah mereka yang tidak memakai niqob. Tak pakai niqob juga, bukanlah tidak boleh menyampaikan dakwah bila berada atas jalan tarbiyyah.
Sejak bila pulak, niqob menjadi lesen untuk semua itu?

Bagi yang memakai niqob, teruskan dan perbaiki peribadi. berniqob akan menjadi pandangan dan perhatian manusia dan lelaki lain. Ada yang ingin menghina, maka kamu jagalah diri dari hinaan kamu. Ada yang ingin mencontohi, maka kamu usahakan agar mereka contohi kamu. Ada yang ingin menghargai, mempercayai, maka kamu jangan khianati penghargaan dan kepercayaan mereka.

Seriuslah kalau benar niatnya untuk menjaga diri dari fitnah, mendapat redha dan mardhatillah. Jaga diri, jaga akhlak, jangan melakukan perkara yang terang menimbulkan fitnah. Sememangnya adat orang yang mengamalkan sesuatu yang ghuraba’, dia akan diperhatikan dan musuh menanti-nanti celahan yang boleh membuatkan dia jatuh. Lebih buruk lagi, kejatuhannya memburukkan pula Islam.
Terakhir untuk gadis muslimah

Maka, pakailah dengan kefahaman yang jelas.

Saya ingatkan sekali lagi, dengan kefahaman. Bukan sebab main-main, bukan sebab ikutan kakak atau ustazah, bukan sebab trend, bukan sebab fesyen.

Alangkah indah jika gadis muslimah berhijrah kerana sudah memahami dan ingin melaksanakan tuntutan berniqob tersebut.

Namun sebaliknya sekarang, perkara atau hukum hijab ini seolah-olah dianggap sebagai peredaran fesyen yang sekadar menjadi sebutan dan trend. Pihak yang memberi pengaruh dan ikutan semestinya dari golongan selebriti disebabkan oleh faktor populariti mereka.

Namun yang demikian, perkara niqob ini merupakan suatu tuntutan yang tidak boleh dipandang ringan. Apa yang merisaukan adalah pemahaman terhadap tuntutan ini disalah ertikan dengan pelaksanaan yang sia-sia semata-mata.


Niqob adalah sehelai kain yang digunakan untuk menutupi muka seorang wanita kecuali mata yang lebih dikenali sebagai “purdah”.

Pemakaian niqob bagi seorang wanita menjadi persoalan para ulama masakini sama ada ianya wajib ataupun tidak. Namun begitu, penggunaan niqob dipersetujui bahawa adalah sangat digalakkan.

Sama-samalah kita menjaga diri.

Saya dan kita. Perempuan dan lelaki.

Sama-sama kita perbaiki diri.

Wallahu’alam.


This post was written by
http://www.shakirshafiee.com/v1/2011/12/05/disebalik-sehelai-kain-bernama-niqobpurdah/
SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

No comments:

Post a Comment

 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2011 Protected | Infinite