Ya Allah....
Peristiwa pahit yang pernah ana alami tahun 2004 kembali lagi....
Saat ini ana masih berumur 8 tahun...hari yang ana ingatkan hari paling mengembirakan bertukar menjadi satu tragedi yang tak dapat ana lupakan...
Pada hari itu..seperti hari-hari yang lain..ana mengunjungi rumah bapa saudara ana..(adik kepada ibu ana) di Kota Kuala Muda Kedah..Gegaran mulai terasa sewaktu Zuhur pada hari berkenaan..pada waktu yang sama ana dan ahli keluarga yang lain sedang asyik menjamu selera...lunch time...Akak ana mengadu cakap pening..rasa ada gegaran..kami yang lain ni hanya mengendah ...ingat akak ana bergurau...dalam 10 minit selepas tu..bapa saudara ana mendapat panggilan bahawa tsunami mulai melanda kota kuala muda..Paksu ana terus menyambut kunci motonya dan terus ke tepi laut dimana trletaknya rumah bapa mentuanya menetap...Alhamdulillah...ramai orang telah menghulurkan bantuan kepada keluarga mentua paksu ana...
Ibu mentua bapa saudara ana menceritakan bahawa saat kejadian berlaku dia sedang menunaikan solat DZuhur di tingkat atas rumahnya..
----> Gerai ditepi jambatan kota kuala muda
Alhamdulillah semua ahli keluarga ana selamat...Tapi hari ini 11.04.2012...adakah mereka selamat di sana..ya Allah...lindungilah mereka...
Rasa nak sangat kesana untuk bersama mereka...
Keadaan sewaktu berlakunya tsunami menjadi riuh-rendah..
Semuanya ana lihat didepan mata ana...alhamdulillah...ana terselamat kerana kedudukan rumah bapa saudara ana jauh hanya sedikit sahaja dari laut...semua mangsa berkumpul di hadapan rumah bapa saudara ana...Ibu-ibu ada yang menangis mencari-cari anak mereka... malahan anak-anak kecil yang menangis ketakutan menaikkan lagi rasa takut ana..
-----> Para nelayan di kota kuala muda
Perkara yang tak dapat ana lupakan...
Selepas makan tengah hari ibu dan kakak ana berhajat untuk mewlawat keluarga angkat akak ana di seberang laut sana...jadi kenalah naik sampan..Dengan kuasa Allah mereka berpatah balik kerana tertinggal barang dirumah...
Alhamdulillah sekali lagi ana ucapkan kepadamu Ya Allah...
Jika tidak...sekarang ana sudah tidak punya ibu dan akak yang tercinta...
----->Tugu peringatan TSUNAMI di kota kuala muda
Terima Kasih YA ALLAH....
Sebaik sahaja keadaan mulai stabil...bapa saudara ana sudah mengambil keputusan untuk menghantar kami sekeluarga pulang...
---> persisiran pantai kuala muda
Sehingga kini apabila ana mengunjungi rumah bapa saudara ana...ana terasa fobia...sehinggalah hari ini
11.04.12 terkeluarnya berita tentang kejadian tsunami
Bagiku ahari ini adalah ulangtahun kelahiranku yang paling bermakna...
Amaran dari Allah buat semua hambanya...!
---->Kuburan besar mangsa tsunami di kota kuala muda
Sahabat-sahabat ana sekalian...
Ana berharap agar dari cerita ana ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua..
p/s ----->Ingatlah Allah semasa kita senang dan susah...Allah bukan sewaktu kita susah sahaja...
No comments:
Post a Comment