♥ CARI HADIAH UNTUK BIRTHDAY ? ANNIVERSARY ? KLIK SINI !




♥ SEMOGA BERTEMU LAGI DI TAMAN SYURGA ♥





Penyertaan ana dalam kem "kepimpinan" kali ini memberi seribu makna yang takkan ana lupakan.Kegembiraan dimalam hari sebelum hari kejadian berubah kepadaan kesedihan apabila seorang sahabat ana telah kembali menghadap yang Esa.Benar janji allah didalam ayat 11 surah al-munafiqun yang membawa maksud "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."Apabila ana teringatkan wajah arwah buat kali terakhir membuatkan air mata hamba yang hina ini mengalir mengenangkan apa yang terjadi.Ana redha dengan apa yang terjadi.Biarpun ana hanya mngenalinya 2 hari 1 malam,tetapi ukhwah yang terjalin antara kami kini masih terasa kehangatannya.

Apabila difikirkan ingin sahaja ana menggantikan tempatnya.tapi apabila mengenangkan dosa dan amalan yang ana lakukan belum cukup untuk menemui yang Esa.Ya Allah ,engkau mengambilnya semula dalam keadaan syahid di jalanmu.Sediakanlah syurga buatnya sepertimana yang telah engkau janjikan buat hambamu yang beriman.


Teringat ana akan lirik lagu tema kem yang ana hadiri :
"takkan surut walau selangkah,takkan henti walau sejenak..cita kami hidup mulia..atau syahid mendapat syurga.."
Ya Allah sesungguhnya engkau lebih mencintainya.Malaikat tidak pernah lewat atau cepat walaupun seminit dalam urusannya.Sahabat, apa yang engkau nyayikan telah jadi kenyataan.Kini syahid menjadi milikmu.Harapan anta untuk syahid telah tercapai biarpun bukan di Palestin sepertimana yang kita impikan.



Selepas arwah dibawa oleh arus ombak yang sangat kuat,semua yang ada ditempat kejadian cuba meminta bantuan.Masih bermain-main ditelinga ana kata-kata abang fc "Jangan pernah tanya Allah kenapa jadi macam ni seolah-olah kita menolak takdir yang telah Allah tetapkan.Arwah adalah yang terpilih antara terbaik diantara kami."Arwah baik orangnya.Pendiam.Moga kini arwah berlari-lari ditaman syurga.Wahai sahabat , hanya doa yang mampu ana titipkan.Ana ingin mengikut jejak langkahmu jika Allah izinkan.Meninggal dalam keadaan khusnul khotimah.Semangat kental dan keazaman dalam dirimu membakarkan lagi semangat kami semua untuk meneruskan tanggungjawab.Kehilanganmu memberi seribu makna buat kami.


~ BERITA TENTANG PEMERGIAN ARWAH ~SUMBER --->https://eyesnews.wordpress.com/tag/pantai-kerachut/

Remaja lemas selepas ditarik ombak – Bernama

Remaja lemas selepas ditarik ombak
2012/06/07

GEORGETOWN: Seorang remaja lelaki mati lemas selepas ditarik ombak kuat semasa berehat di tepi Pantai Kerachut Teluk Bahang dekat sini hari ini.

Semasa kejadian 2 petang itu, mangsa Muaz Munawir, 16, dikatakan berehat bersama beberapa rakannya selepas mengikuti aktiviti merentas hutan anjuran Kelab Ikmar Teens yang bermula semalam.
Pengarah program, Mohd Hafiz Abdul Hamid, berkata pada ketika itu keadaan laut agak bergelora dan ombak tinggi tiba-tiba datang dan menarik mangsa hingga ke tengah laut.
“Muaz terus hilang dari pandangan kami, selepas setengah jam baru kami jumpa mayatnya terapung tidak jauh dari kawasan pantai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Hafiz berkata, program kem bina diri membabitkan 105 remaja dari seluruh negara itu dijadual berakhir esok.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Balik Pulau untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke kampung halamannya di Muar, Johor.

Terdahulu, ombak kuat sehingga 3.5 meter dilaporkan melanda sekitar pantai Pulau Pinang berikutan perubahan angin monsun timur laut kepada angin barat daya. – BERNAMA



Wahai sahabat semoga kita berjumpa lagi di taman syurga.Insyaallah.Alhamdulilalh.,kini arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muar,Johor.
Al-fatihah buat Muhammad muaz.moga arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman.



SYUKRAN.SEBARANG COPY DAN PASTE DIBENARKAN :)

No comments:

Post a Comment

 
Tempelate Designed by Nanie| Copyright-2011 Protected | Infinite